PC HP TouchSmart 620 3D

PC HP TouchSmart 620 3D
Pengalaman teknologi 3D cukup memberi kesan kepada pengguna di rumah rumah mereka — Tidak hairan HP juga mahu memasuki segmen tersebut dengan model baru, HP TouchSmart 620 yang menjanjikan fungsi 3D di samping menawarkan hab semua-dalam-satu dalam kombinasi yang ideal melalui reka bentuk dan fungsi. HP memaparkan reka bentuk intuitif dan ergonomik menerusi model TouchSmart HP 620 3D dengan monitor yang boleh digerakkan sehingga 180-darjah dan ditundukkan sehingga 60-darjah, membolehkan pengguna untuk menyesuaikan kedudukan paparan ketika menonton atau bekerja untuk pengalaman selesa atau mengurangkan silau. Tidak dilupakan, terdapat juga teknologi LinkUp, Beats Audio dan versi terbaru perisian eksklusif HP TouchSmart. Manakala fungsi TouchSmart 5.0 memaparkan antaramuka membolehkan pengguna untuk menyesuaikan pengalaman mereka dengan lebih peribadi.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.