SETIU, 20 Ogos (Bernama) -- Berpantang maut sebelum ajal, seorang pemandu
parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah
kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum bergesel dengan sebuah kereta di belakang
MPV itu di sini, hari ini.
Kemalangan pukul 4 petang itu di Kilometer 26, Kampung Ladang Jaya
berhampuran persimpangan ke Tasik Kenyir, menyebabkan kesesakan lalu lintas
selama lebih empat jam sejauh 10 kilometer.
Kemalangan itu menyebabkan enjin kereta Kancil tercabut dan tercampak
kira-kira 15 meter dari tempat kejadian.
Difahamkan dua mangsa berada dalam kereta Perodua Kancil, enam orang dalam
kenderaan MPV jenis Hyundai Matrix serta dua lagi di dalam kereta Proton Staria.
Bagaimanapun setakat ini, kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.
-- LAGI
KEMALANGAN-PARAH 2 (AKHIR) SETIU
Menurut, saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku apabila kereta
Kancil ini cuba memotong sebuah kenderaan lalu bertembung dengan kenderaan MPV
sebelum terbabas lalu bergesel dengan kereta Proton Satria.
Mangsa dalam kenderaan Hyundai dan Satria itu adalah bersaudara yang mana
mereka dalam perjalanan pulang ke Kemasik, Kemaman, selepas beraya di rumah
saudara di Chalok di sini.
Penolong Penguasa Bomba negeri, Imran Ismail ketika dihubungi Bernama
mengesahkan kejadian tersebut.
--BERNAMA
NFI AEO DC

