Pemerhati asing pilihan raya tidak ancam kedaulatan negara, kata Koh Tsu Koon

Oleh Amin Iskandar

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Kedatangan pemerhati asing dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang tidak akan mengancam kedaulatan Negara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Tsu Koon (gambar).

Menurut Koh lagi, Malaysia telah mempunyai sejarah mengundang pemerhati asing dalam pilihan raya sebelum ini.

“Tidak ... tidak ... Mana-mana negara pun boleh.

“Sekarang ini kita terbuka untuk semua,” kata Koh ketika ditanya oleh wartawan tentang dakwaan sesetengah pihak, pemerhati asing mengancam kedaulatan negara di Hari Terbuka, Program Transformasi Kerajaan (GTP) di ibu negara hari ini.

Menurut bekas ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, beliau sendiri masih lagi ingat tentang kehadiran pemerhati asing dalam pilihan raya di Malaysia.

"Dulu kita pernah terima juga pemerhati asing.

"Saya masih ingat, saya masih ingat dari negara-negara Komanwel.

"Bukan tidak ada precedent, memang ada, kita pernah buat," kata Koh.

Menteri JPM itu juga berkata, kerajaan tidak mempunyai apa yang mahu disorokkan kepada masyarakat antarabangsa tentang perjalanan pilihan raya di Malaysia dan jika terdapat sedikit kesalahan dan manipulasi dalam pilihan raya, perkara tersebut perlu dibetulkan.

"Kita tidak ada apa-apa yang hendak dilindungi, we have nothing to hide (tidak ada apa yang hendak disembunyikan).

"Doesn't matter (Tidak menjadi masalah), you come and observe-lah (anda datang dan perhatikanlah).

"All this accusation, must have basis (segala pertuduhan perlu ada asas).

"If they are proven to be correct on certain mistakes or certain manipulation, then correct them (jika ia terbukti ianya benar terdapat kesilapan tertentu atau manipulasi tertentu betulkan sajalah)," kata menteri JPM itu lagi.

Sebelum ini, dalam wawancara bersama The Malaysian Insider, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan mereka akan mengundang pemerhati asing dalam pilihan raya akan datang.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.