Pemimpin PAS: Kenyataan Nik Aziz tentang Nasha cuma pandangan peribadi

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berpendapat bahawa kenyataan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.

Beliau berkata, ini adalah percubaan media arus perdana untuk memainkan sentimen kepartian untuk memecahbelahkan pimpinan PAS.

“Saya rasa tak perlu ulas panjang tentang isu ini, pihak pimpinan akan berbincang tentang hal ini,” katanya lagi.

Sementara itu Ahli Lajnah Politik PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihak media tidak seharusnya bermain dengan isu ini.

“Pimpinan PAS sentiasa fokus dengan pilihan raya, bukan isu remeh-temeh seperti ini. Bagi saya, setiap orang ada pandangan peribadi, tapi yang paling penting pimpinan PAS dan PR akan bersama untuk menentukan polisi yang lebih baik untuk negara.

“Kalau duduk dengan pimpinan BN, takkan itu pun nak kata kena pecat?

“Isu ini sengaja dimainkan bagi memastikan pimpinan PAS akan sentiasa bergaduh, dan kami tidak mahu ulas tentang isu ini.

“Isu yang lebih penting seperti pendidikan, kemiskinan, masalah sosial, ekonomi, isu begini yang kita mahu bincangkan,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider petang ini.

Semalam media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” kata Nik Aziz dalam laporan Bernama, semalam.

Akhbar semalam memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.