Malaysia Elections 2013

Pemuda Umno kecam insiden kekejaman di Syria

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini mengutuk keras insiden keganasan di Syria yang telah mengakibatkan kematian lebih 10,000 rakyat negara itu akibat tindakan ganas pemimpin dan pihak berkuasanya ekoran konflik dalaman yang melanda negara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pemuda Umno turut mengecam tindakan keganasan tersebut yang mana turut melibatkan kematian terhadap kanak-kanak.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperikemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam.

“(Jumlah itu) termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.

Justeru, Pemuda Umno juga menggesa kerajaan memberikan tekanan terhadap kepimpinan kerajaan Syria yang diketuai Presiden Bashar al-Assad melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pelan damai yang telah pun dikuatkuasa enam minggu lalu bagi menamatkan konflik tersebut.

“Pemuda Umno dengan ini menggesa kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kejam tersebut dan mengusulkan kepada OIC untuk turut sama mengecam tindakan tersebut.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memberi tekanan kepada rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad untuk melaksanakan pelan damai anjuran PBB dan Liga Arab, yang baru sahaja dikuatkuasakan enam minggu lalu, bagi memulihkan kembali keamanan di negara tersebut,” jelas kenyataan itu lagi.

MORE ELECTION STORIES

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

PARLIAMENT SEATS: FINAL TALLY

                                                   
PARLIAMENT
BNPROthers
   
133890
   
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds