Malaysia Elections 2013

PENDENGARAN ANUGERAH BAGI PENGAMBILAN TANAH PENGERANG BERMULA MINGGU DEPAN - MB JOHOR

JOHOR BAHARU, 30 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan memulakan pendengaran

anugerah bagi pengambilan tanah minggu depan untuk penduduk kampung yang

terjejas oleh projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapis dan Petrokimia (RAPID)

dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang.

Kedua-dua projek bernilai berbilion ringgit itu terletak di Kompleks Petroleum

Bersepadu Pengerang (PIPC).

Menyatakan demikian, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata:

"Pendengaran awam dari 3-14 Sept itu membolehkan penduduk kampung mengemukakan

kes berhubung pampasan bagi tanah dan harta mereka yang diambil kerajaan.

"Pampasan yang ditawarkan akan berasaskan penilaian yang dikendali oleh Jabatan

Perkhidmatan Penilaian dan Harta berasaskan harga pasaran semasa" katanya.

Dalam satu kenyataan, Abdul Ghani berkata pampasan dalam bentuk wang tunai itu

tidak akan diputuskan dengan sewenangnya oleh kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan menawarkan skim khas memiliki rumah

di kawasan penempatan baru kepada penduduk kampung yang rumah mereka terjejas.

-- LAGI

MHI MHI RS

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

Loading...