Pengajaran daripada isu nama ‘Allah’

Larangan terhadap Bible di Selangor tidak realistik, kata kumpulan Kristian

Beberapa perkara yang kita pelajari daripada isu berkaitan nama Allah.

1) Pendamai sudah tiada

Berbahagialah orang yang menjadi pendamai, mereka bakal beroleh syurga.

Yang pasti, kerajaan Najib tidak ada pendamai. Tidak ada seorangpun di kalangan mereka.

Sedekad telah berlalu, sama ada ketua negara atau pemimpin politik berpengaruh yang berusaha untuk mengawal Jais atau berusaha untuk mendamaikan Putrajaya dan pemimpin bukan Islam diadakan.

Tidak ada lagi.

Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada terus berdiam diri atau menggalakkan kegiatan samseng di Jais dan Umno.

Bagi pemimpin politik dalam Umno, mereka yakin beroleh sokongan Melayu dengan cara bermain dengan isu "Allah". Pergi jahanam dengan jaminan Perlembagaan.

2) Umno perlu menukar penyebaran berita

Kajian terkini sebuah universiti tempatan menunjukkan sokongan Melayu untuk Umno jatuh 5% sejak PRU13.

Sebab utama kejatuhan sokongan ini adalah kenaikan kos sara hidup.

Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa Najib dan menterinya sedang menjadi fokus orang awam ekoran pemotongan subsidi dan meluluskan kenaikan harga.

Di Putrajaya, adalah dipercayai mereka fikir, satu isu emosi diperlukan untuk mengalih perhatian daripada masalah kenaikan ini dan Umno memainkan peranan.

Tiada isu lain yang mampu membangkitkan emosi selain isu agama.

3) Di mana agamamu saudara?

Ini adalah pesanan khas untuk Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan lain-lain pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional (BN).

Di mana pendirian anda, bersama kepercayaan anda atau bersama kerajaan BN dalam isu nama Allah.

Tidak ada pendirian di tengah-tengah di sini.

Adalah sangat menjengkelkan apabila Kurup meminta semua pihak bertenang.

Mesej ini patutnya ditujukan kepada Najib dan kabinetnya yang membenarkan perjanjian 10 perkara dengan pihak Kristian dimusnahkan oleh Jais.

Bagaimana? Ini kerana komponen utama perjanjian itu adalah membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport.

Dengan menyerbu Persatuan Bible dan merampas Bible berbahasa Melayu, Jais telah melanggar undang-undang.

Dengan tidak berkata apa-apa dan tidak berbuat apa-apa, kerajaan BN bersekongkol dengan tindakan melanggar undang-undang ini.

Cuba teka mengapa Idris dan rakan-rakannya diletakkan di sana?

4) Err, di mana Najib?

Nampaknya, apabila timbul sahaja isu panas di negara ini, perdana menteri akan menghilangkan diri dan senyap.

Padahal, ada usaha untuk menggulingkan kerajaan BN melalui kuasa rakyat.

Sekurang-kurangnya itu yang didakwa oleh Bukit Aman. Sejauh manakah seriusnya ancaman itu? Terlalu serius sehingga Najib tidak ada di dalam negara. – 3 Januari, 2014.