Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pengundi India Malaysia berjumlah 1.8 juta orang akan menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan.
"Mereka akan menjadi agen penentu," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemubual baru-baru ini.
Ketua sayap pemuda itu menjelaskan walaupun komuniti masyarakat India hanya membentuk peratusan kecil dalam populasi pengundi, "undi mereka perlu direbut."
"Undi Melayu nyata terpecah. Masyarakat Cina lebih memihak kepada pembangkang. Namun India mungkin akan menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan dan undi mereka perlu diambil kira.
"Undi Umno tidak akan terlalu besar, begitu juga dengan PAS dan DAP, jadi undi India yang bakal menjadi penentu," katanya.
Ketika pilihan raya 2008, atas sebab kecewa terhadap dipinggirkan daripada pembangunan, komuniti India telah beralih kepada pembangkang, menjadikan ianya satu sejarah buat Barisan Nasional (BN) yang hilang majoriti dua pertiga kerusi Dewan.
Namun sejak Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak mula turun ke akar umbi, dijangkakan perubahan bakal berlaku dalam PRU 13.
Sebagai contoh, PM telah memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan sekolah Tamil dalam Bajet 2012, jumlah sama yang diberikan kepada sekolah Cina dan sekolah agama.
Murugesan berkata, usaha PM untuk menawan pengundi India bukanlah sia-sia, sebaliknya hasilnya akan dapat dilihat ketika pilihan raya nanti.
"Perubahan sejak 2008 amat menyedihkan, namun ia dilihat bertambah baik, walaupun dengan kuantiti yang kecil.
"Ia bukanlah perubahan drastik namun setiap undi itu adalah berhak - kerana Presiden MIC Datuk Seri Palanivel bekerjasama dengan PM," katanya.
Murugesan berkata, selain bajet RM100 juta itu, Bartuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dan inisiatif Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) turut membantu perubahan undi kepada BN oleh masyarakat India.
"Sejak Najib berkuasa, saya rasa beliau telah membelanjakan lebih RM400 juta bagi komuniti masyarakat India. Dan mereka merasakan perubahan itu," katanya.
Murugesan turut menjelaskan pemberian wang tunai secara terus juga dapat diterima terus ke dalam poket komuniti miskin, yang kebanyakannya merupakan masyarakat India.
Ketika sidang media, Palanivel telah mendedahkan sekurang-kurangnya 30 peratus masyarakat India Malaysia adalah kumpulan miskin.
"Kaedahnya begini - jika kamu membantu kumpulan 30 peratus ini (berpendapatan rendah) kamu akan berjaya mengelakkan gejala dalam masyarakat seperti jenayah, penggunaan dadah, keruntuhan moral dan sebagainya.
"Jika kita berjaya menyelesaikan perkara itu, sekurang-kurangnya pemimpin akan diikuti oleh mereka," kata Murugesan.
Tambahnya lagi, dengan perubahan yang berlaku dalam MIC di bawah Palanivel dengan turun ke akar umbi berbanding hanya bergantung kepada sifat pemurah komuniti India.
"Pendekatan kami telah berubah. Bila kami mengadakan majlis, kami akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan bukannya pemimpin.
"Sebelum ini, kami lebih mengutamakan pemimpin, namun sekarang telah berubah. Kami lebih bersifat kerakyatan," katanya.
Bagaimanapun, disebalik dakwaan Murugesan itu, pemimpin MIC sokongan itu rapuh dan bakal berubah secara tiba-tiba.
Beliau menjelaskan, gesaan yang dibuat oleh ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz supaya menggantung Datuk Ambiga Sreenavasan atas penderhakaan terhadap penglibatan beliau dalam Bersih 3.0.
"Kami khuatir perkara-perkara seperti ini akan mengubah undi masyarakat India dalam sekelip mata. Itu amat merisaukan kami," katanya.
Murugesan menjelaskan, penentangan BN terhadap Ambiga menjadikan kebanyakan masyarakat India merasa simpati terhadapnya.
"Mereka setuju atau tidak dengan Ambiga, itu tidak penting. Tapi mereka melihatnya sebagai wanita, dan berbangsa India, soalannya mudah - kenapa hanya Ambiga? Bagaimana dengan pemimpin lain?" katanya lagi.
Ketika pilihan raya 2008, MIC memenangi enam daripada 16 kerusi dan tiga daripada sembilan kerusi Parlimen termasuk Sungai Siput, yang menjadi kerusi tetap mereka sejak bertahun lamanya, yang dahulunya dimiliki bekas presiden mereka Datuk Seri S. Samy Vellu.
Krisis kepimpinan kemudiannya berlaku selepas pilihan raya apabila ahli MIC mula menolak Samy Vellu, dengan berakhirnya era tiga dekad beliau sebagai presiden pada tahun lalu. Beliau kemudiannya digantikan Palanivel, bekas ahli Parlimen Hulu Selangor.
Menurut Murugesan, parti itu menganggarkan MIC akan memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 nanti memandangkan sokongan India kepada BN semakin meningkat.
"Tapi tiada jalan mudah. Kita perlu membuktikan kita lebih layak untuk memerintah, yang kita bersih dan telus.
"Untuk MIC, kita perlu terus berjuang untuk isu yang dekat dengan pengundi - sekolah Tamil, pendidikan universiti, dan peluang pekerjaan."

