Malaysia Elections 2013

Pengundi luar negara, jangan boikot undi pos — Nurul Izzah

Oleh Zurairi AR

PETALING JAYA, 8 Feb – Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merayu kepada pengundi di luar negara agar tidak memboikot pengundian pos, walaupun tidak bersetuju dengan pelaksanaannya.

Nurul mengingatkan pengundi mereka boleh hilang hak mengundi jika mereka tidak pulang ke rumah untuk membuang undi, atau sekurang-kurangnya mendaftar untuk menjadi pengundi pos.

“Rakyat Malaysia di luar negara yang telah sekian lama hilang hak mereka untuk mengundi kini mesti mengambil kesempatan yang ada untuk menzahirkan semula prinsip satu warga negara, satu undi,” katanya kepada pemberita di sini.

Sungguhpun begitu, ahli parlimen Lembah Pantai itu berkongsi pendirian seperti NGO pemantau pilihan raya Bersih dan My Overseas Vote, bahawa perubahan kepada peraturan pengundian pos oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak berperlembagaan, diskriminasi dan dilakukan sewenang-wenangnya.

Nurul walaubagaimanapun enggan untuk menyatakan bahagian mana dalam perubahan yang tidak berperlembagaan, sebaliknya menyuruh pemberita untuk merujuk kepada Bersih.

Menurutnya, SPR telah memberitahu PKR pada Rabu pagi, hanya 1,574 yang mendaftar sebagai pengundi pos.

Nurul mengatakan bahawa pengundi Malaysia di luar negara berjumlah lebih kurang sejuta orang, dengan 400,000 berada di Singapura.

SPR bulan lalu menjelaskan rakyat Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia perlu pulang ke Malaysia untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke 13.

Peraturan membenarkan pegundian pos bagi rakyat di luar negara digazetkan pada 21 Januari berdasarkan kepada tiga syarat.

Syaratnya adalah pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar, berada di Malaysia atau pulang ke negara tidak kurang dari 30 hari dalam masa lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tinggal di luar negara kecuali di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Sebelum ini, hanya pelajar atau pekerja kerajaan dan ahli keluarga mereka (pengundi tidak hadir) dibenarkan mengundi secara pos.

Sebagai respon, Bersih 2.0 telah menghantar memorandum kepada SPR pada Rabu mendesak hak mengundi sebagai pengundi pos kepada mereka yang dinafikan dalam pembaharuan baru-baru ini.

Gabungan tersebut menjelaskan, bagi kebanyakan negara, syarat untuk hari menetap kebiasaannya fokus kepada rancangan akan datang rakyat, bukan lawatan masa lalu.

 

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf The Malaysian Insider
    Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf

    KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

  • Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director The Malaysian Insider
    Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director

    KUALA LUMPUR, May 20 — The call to boycott Chinese businesses is a double-edged weapon, former Malaysian Institute of Economic Research executive director Datuk Dr Ariff Abdul Kareem said today, explaining that the campaign would also end up hurting Malay consumers through deprivation of their daily needs.

  • Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister The Malaysian Insider
    Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister

    KUALA LUMPUR, May 18 – Putrajaya does not approve a campaign to boycott Chinese businesses initiated by pro-Umno bloggers and backed by several Muslim groups, Datuk Hasan Malek said today but the new Domestic Trade, Cooperative and Consumerism minister added that he cannot block their right to do so.

  • Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di balai polis Bernama

    SEGAMAT, 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang anggota polisPasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang limalelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadiankira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parahdi bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanyamengalami cedera ringan. ...

  • Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy The Malaysian Insider
    Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy

    KUALA LUMPUR, May 19 ― The call by pro-Umno bloggers and Muslim groups for a boycott of Chinese businesses is racist and will harm the country’s economic growth, according to businessmen from the community.