Malaysia Elections 2013

PENIAGA DISERANG GARA-GARA MAHU LAPOR POLIS SELEPAS KEMALANGAN

GEORGE TOWN, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang peniaga dibelasah oleh sekumpulan

lelaki kerana ingin membuat laporan polis selepas keretanya dilanggar oleh

seorang pemandu di Jalan Tanjung Tokong, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Khor Jin Leng, 39, berkata

beliau ingin membuat laporan polis sejurus keretanya dilanggar oleh sebuah

kereta dari belakang di persimpangan lampu isyarat di situ.

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta berkenaan tidak puas hati dengan

tindakannya dan terus mengetuk cermin keretanya dengan tangan sebelum beredar.

Ketika meneruskan perjalanan, Khor berkata keretanya tiba-tiba dikejar dan

ditahan oleh kira-kira 10 lelaki bermotosikal di depan hotel Tanjung

Bungah.

Khor diserang dan dipukul oleh kumpulan lelaki berkenaan dengan topi keledar

dan keretanya dirosakkan dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Sejurus selepas itu, lelaki yang melanggar kereta Khor sebelum ini, datang

dan terus menghentak cermin depan keretannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong

Meng mengesahkan kes berkenaan dan seorang pemandu ambulans berusia 33

tahun telah ditahan.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan

kerana menggunakan senjata berbahaya dan melakukan kerosakan," katanya.

-- BERNAMA

TCT TCT DC

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

Loading...