PENYELESAIAN INOVATIF TINGKATKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

  • How Umno exploits fears of Pakatan among Malays
    How Umno exploits fears of Pakatan among Malays

    INTERVIEW Umno has successfully exploited the fears many Malays that a stronger Pakatan Rakyat would mean a dominant DAP, said PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. …

  • Goodbye to the national car, Proton
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat pengeluar kenderaan Sweden, Volvo

Trucks, berganding bahu dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk mencari

penyelesaian inovatif bagi menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat untuk

motosikal dan trak.

Pengarah urusan Volvo Trucks Malaysia Mansoor Ahmed berkata inisiatif itu,

dikenali sebagai Penyelesaian Inovatif Bagi Mengurangkan Perlanggaran Trak dan

Motosikal (iSTREC), akan dibahagi kepada dua peringkat dan dilaksanakan

sepanjang tahun ini.

"Fasa pertama inisiatif ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan

datang, yang melibatkan penyelidikan bagi mencari penyelesaian inovatif,

manakala fasa kedua akan dilaksanakan berserta program kesedaran di seluruh

negara.

"Kami sedar pentingnya mengurangkan jumlah kecederaan dan puncanya, oleh itu

kaedah tradisional dan moden akan digunakan untuk mendampingi lebih ramai

pemandu trak dan penunggang motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan

Forensik Hospital Kuala Lumpur mendedahkan bahawa kenderaan komersil seperti

trak, bas dan treler merangkumi jumlah kenderaan paling banyak yang melibatkan

kemalangan maut dengan penunggang motosikal.

-- LAGI

INOVASI-JALAN RAYA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Penyelidikan melibatkan kerjasama Agensi Inovatif Malaysia itu bertujuan

meningkatkan dan menyokong kerjasama yang terjalin antara industri, golongan

akademik dan agensi kerajaan untuk memajukan dan mencari penyelesaian bagi

menghadapi cabaran sedia ada, kata kenyataan itu.

Ketua pegawai eksekutif agensi berkenaan Mark Rozario berkata di samping

memiliki potensi ketara untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan,

inisiatif tersebut "mampu menyelamatkan berjuta-juta ringgit wang negara ini

daripada segi pembaziran masa, produktiviti dan kos jangka panjang lain

berkaitan kemalangan jalan raya".

Duta Sweden ke Malaysia Bengt G. Carlsson pula berkata negaranya gembira

kerana turut terlibat dalam projek itu memandangkan Sweden mendahului senarai

negara yang mempunyai paling rendah jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya

sejak ia melaksanakan inisiatif dikenali sebagai Vision Zero.

Pertubuhan lain yang menyertai inisiatif itu ialah Majlis Perdagangan

Sweden, Universiti Putra Malaysia dan Pusat Keselamatan Kenderaan dan Trafik

Sweden (SAFER).

-- BERNAMA

KEZ KHY MO SP NH

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.