Malaysia Elections 2013

PEOJWEK STESEN KUASA BATTERSEA DIJANGKA MENYUMBANG SECARA SIGNIFIKAN KEPADA PERTUMBUHAN KUMPULAN SIME, BAHAGIAN

LONDON, 10 Sept (Bernama) -- Projek Stesen Kuasa Battersea di sini dijangka

menyumbang secara signifikan kepada kumpulan Sime Darby Bhd dan bahagian

hartanahnya di dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Datuk Abd Wahab Maskan berkata

projek itu telah menarik minat Malaysia serta negara-negara lain yang termasuk

syarikat pelaburan pembangunan hartanah yang besar.

"Terdapat banyak minat ditunjukkan oleh mereka yang mencadangkan

subusahasama dan kemungkinan tempahan blok runcit," kata Abd Wahab kepada

pemberita Malaysia di luar jadual lawatan membiasakan diri terhadap Battersea

baru-baru ini.

Abd Wahab, yang juga Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd, berkata

pelancaran jualan kediaman dan komersil bagi fasa pertama projek itu akan

diadakan tahun depan dengan permulaan kerja pembinaan pada separuh kedua 2013.

Katanya projek itu dijangka menarik minat disebabkan lokasinya di tebingan

selatan River Thames, dekat daerah butik membeli belah mewah Sloane Square dan

Battersea Park, iaitu kawasan hijau di London Borough Wandsworth.

Sime Darby mempunyai kepentingan 40 peratus di dalam syarikat tujuan khas,

Battersea Project Holding Co Ltd, yang mengambil alih tapak stesen kuasa itu

pada harga £400 juta.

SP Setia Bhd memegang kepentingan 40 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja 20 peratus.

Abd Wahab berkata £400 juta bagi tapak seluas 15.8 hektar (ha) adalah harga

yang baik berasaskan anggaran 5.0 peratus daripada kos pembangunan kasarnya.

"Di Malaysia, nisbahnya ialah 25 hingga 30 peratus daripada kos pembangunan

manakala di Singapura dan bandar raya besar yang lain, peratusannya ialah 30

hingga 40 peratus," katanya.

"Ini menunjukkan bahawa kos tanah di tapak stesen kuasa itu lebih rendah

berbanding kos pembangunannya," katanya.

Di segi jangkaan margin keuntungan bagi pelaburan itu, Abd Wahab berkata

apabila kumpulan itu melabur dalam hartanah, margin minimum yang dijangka ialah

25 hingga 30.

Abd Wahab berkata wujud kemungkinan sumbangan yang lebih baik dari projek

itu apabila ekonomi global meningkat dan dari inisiatif oleh kerajaan UK untuk

meningkatkan pelaburan di London serta projek infrastruktur sekitar tapak

Battersea.

"Kami menjangka bahawa minat dari para pelabur global bagi hartanah London

masih wujud, terutama mereka yang melihat London sebagai destinasi pelaburan

utama," katanya.

Mengenai pembiayaan projek itu, katanya daripada £400 juta yang dibayar bagi

tapak itu, £300 juta akan dibiayai melalui pinjaman manakala selebihnya serta

kos lain, akan diperoleh dari ekuiti dari tiga pihak.

-- BERNAMA

CL THS AHM

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.