Perang mulut Soi Lek-Guan Eng dalam debat kedua

  • Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval
    Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval

    PUTRAJAYA, May 21 – The United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) must be “prepared to make changes” and meet conditions set by the Ministry of Education if the Unified Examination Certificate (UEC) is to be recognised, the government said today.

  • MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects
    MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

    KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

  • After elections, Najib has serious economic concerns on his plate
    After elections, Najib has serious economic concerns on his plate

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Seri Najib Razak’s newly re-elected Barisan Nasional (BN) government faces what the Financial Times today called the serious economic problem of weakening exports.

  • Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup
    Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup

    Adam Adli Abdul Halim has been subjected to interrogation for two days in a row and was not even given a pillow or a blanket to sleep, said lawyer Fadiah Nadwa Fikri, who visited student activist today.

  • Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon
    Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Ambiga Sreenevasan and the rest of Bersih 2.0’s 20-member steering committee are soon expected to relinquish their posts to make way for new blood in the leadership of the polls watchdog movement.

Oleh Lisa J. Ariffin

PETALING JAYA, 8 Julai – Ibarat dalam satu peperangan hebat apabila seteru politik Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua hari ini, dimana kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain mengenai kegagalan polisi parti masing-masing.

Dr. Chua menemplak Guan Eng dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi pemimpinnya hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

“Kenapa tidak kamu bertanding dikerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti mono-etnik,” kata beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hari ini.

Tajuk debat adalah “Ahli politk mana yang lebih menguntungkan negara,” – merupakan debat kedua yang berlaku dalam beberapa bulan.

“Di negara ini, kita harus imbangkan keperluan dan sensitiviti rakyat seluruh negara.

Beliau menyalahkan DAP kerana menghasut masyarakat Cina kononnya mereka (masyarakat Cina) tertindas di bawah Barisan Nasional (BN). Beliau mengingatkan bahawa kadar kemiskinan masyarakat Cina adalah terendah berbanding kaum lain di negara ini.

“Peratusan bekerja, tertinggi. Pemilikan hartanah, tertinggi,” tambah beliau lagi.

“Kita tidak boleh nafikan dalam perlaksanaan polisi, pasti ada yang dapat lebih dari lain. Ini menyebabkan masyarakat Cina marah dengan kerajaan dan MCA menerima padahnya.”

Seteru politiknya bagaimanapun mempersoalkan tentang keperluan untuk memisahkan masyarakat mengikut kaum oleh BN tetapi memperkenalkan konsep 1Malaysia.

“Mereka kata 1Malaysia, nak tipu siapa? Mereka mahu pisahkan kita supaya mereka boleh ‘sapu Malaysia’,”kata Lim sambil disambut dengan sorakkan dari penyokongnya.

“BN akan terus guna isu kaum untuk takutkan kita sebab mereka sudah tiada isu lain. Jika kita mahu negara berjaya, beri peluang sama rata dan kita akan lihat potensi kita, kita harus tolak ekstrimis dari terus menerus memandang rendah pada kaum lain,” tambah beliau.

Menurut Lim, untuk mempertahankan keamanan negara, rakyat Malaysia harus bersatu menolak pihak yang mahu memisahkan rakyat dengan cara mempromosi kebencian kaum.

“Jangan biarkan BN gunakan isu kaum dan sentimen anti-Melayu hanya kerana mahukan kuasa,” desak Lim.

“Kita hanya boleh makmur jika bersama. Masa telah tiba untuk tumpukan dalam ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan peluang perniagaan kerana ini adalah indikasi kemakmuran,” tambah beliau lagi.

Lim turut menyalahkan BN kerana amalkan rasuah dan kronisme, sambil mengatakan kerajaan tidak boleh melakukan reformasi untuk tamatkan rasuah.

“Kami tahu jika rasuah dihapuskan, BN akan mati. Jika kami tidak hapuskan rasuah, Malaysia akan mati. Pilihan yang ada sangat jelas,” kata Lim.

“Itu sebab kami pilih ‘ubah’, kami mahu hidup dengan merdeka dan bermaruah.”

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.