Perang siber BN-Pakatan melihat emel ‘spam’ bertambah

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Adakah anda telah menerima “spam” emel yang berkaitan dengan kesusahan masyarakat India Malaysia dan kekurangan perhatian dari Pakatan Rakyat (PR) kebelakangan ini? Ataupun peningkatan Malaysia dalam indeks daya saing dunia yang dibuat oleh sekolah perniagaan global Switzerland, IMD?

Emel-emel ini kelihatan datang dari penyokong Barisan Nasional (BN) yang telah meningkatkan aktiviti mereka di Internet dalam satu pertandingan dengan PR untuk memenangi hati dan minda penyokong.

The Malaysian Insider telah menerima sejumlah emel spam yang ditulis oleh penyokong BN yang ghairah untuk menuntut sebahagian ruang siber, pada masa spekulasi kuat tentang tarikh pilihan raya umum yang akan datang masih berterusan.

Kebanyakan emel-emel itu menyentuh isu komuniti India, dengan tajuk seperti “Malaysian Indian Welfare Association holds protest against Selangor government (Persatuan Kebajikan Kaum India Malaysia bantah kerajaan Selangor)” dan “Betrayal and opportunism: the tales of the 3 newest Indian champions (Pembelotan dan opportunisme: kisah tiga jaguh India terbaru)”.

“Pakatan yang cedera telah melancarkan satu siri serangan, kerana sekarang sudah nyata bahawa kaum India telah muak dengan mereka dan memilih untuk menaruh keyakinan mereka semula dalam BN (yang dipimpin oleh) Najib Razak,” dakwa satu emel bertajuk “Desperate to regain Indian support, Pakatan starts lying about BN (Terdesak untuk mendapat semula sokongan India, Pakatan mula memfitnah BN)”.

Emel itu mendakwa PR telah memperkecilkan “usaha konkrit yang diambil oleh pentadbiran Najib, mereka (PR) juga telah menyebarkan pembohongan yang berniat jahat dan bahaya”.

Emel itu juga menyenaraikan “usaha konkrit” kerajaan untuk menangani masalah dokumentasi dan pendidikan komuniti India, termasuklah pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Jumlah pengundi kaum India yang puas hati dengan pemimpinan perdana menteri telah menurun dari 80 peratus pada bulan Februari kepada 72 peratus pada bulan Mei, berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan oleh peninjau bebas Merdeka Center.

Satu emel lagi yang bertajuk “Citizenship for Bangladeshi votes — another made-up cyber war production (Kewarganegaraan untuk undi Bangladeshi — satu lagi produksi perang siber yang direka)” telah mendakwa bahawa “cybertrooper” PR telah menggodam laman web millik satu unit dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

Emel itu mendakwa bahawa maklumat palsu kemudian telah dimasukkan ke dalam laman web itu, di mana ia dinyatakan bahawa warganegara Bangladesh diberi kewarganegaraan Malaysia kalau mereka mengundi untuk BN.

“Akhirnya, adakan ada sebarang bukti bahawa pekerja Bangladesh yang memegang IC Malaysia telah dibenarkan untuk mengundi untuk BN di sebarang pilihan raya, memandangkan mereka telah berada di Malaysia untuk beberapa pilihanraya yang lalu?” emel itu menyatakan.

Isu ini telah timbul September lalu di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa ahli strategi BN sedang menawarkan duit bagi penyokong yang memulakan blog mesra-BN walaupun Facebook dan Twitter telah menggantikan blog sebagai sumber utama untuk berkongsi pengaruh dan berita.

Aktiviti “cybertrooper” BN di laman web jaringan sosial Twitter juga telah meningkat, dengan serangan ke atas pemimpin PR dan para aktivis.

Rabu lalu, akhbar bahasa Inggeris The Malay Mail melaporkan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau menjangka 10,000 akaun Twitter mesra-BN akan muncul dan menyebarkan maklumat.

“Kalau orang terus tweet bahawa ‘Bersih itu bersih’, orang akan percaya bahawa gerakan (Bersih) itu tulen. Tweet balas dan mula berkata bahawa Bersih itu ‘kotor’,” Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu dilaporkan berkata.

Minggu lalu, Ketua BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, dilaporkan oleh The Malay Mail berkata bahawa BN negeri tersebut akan menyediakan 40 “cybertrooper dan askar padang’ “ untuk pilihan raya.

Bulan lalu, Bernama melaporkan bahawa Pemuda BN Sabah akan menganjurkan satu bengkel “cybertrooper” selama tiga hari untuk 85 ahli Pemuda BN, di mana mereka akan diajar kemahiran dan batas undang-undang dalam perang siber.

November tahun lalu, Najib telah menyuarakan sokongannya untuk blogger dan pengguna social media yang pro-BN, dan mengelar mereka sebagai “angkatan tentera baru” BN.

Beliau berkata bahawa dunia siber adalah ruang pertempuran baru di antara BN dan PR, dan blogger pro-kerajaan perlu melawan “pembohongan dan kenyataan separuh benar” pembangkang.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.