LONDON, 12 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Selasa
untuk lawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan
United Kingdom.
Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang
ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.
Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan
(10.45 mlm Malaysia) dan disambut oleh beberapa orang menteri kabinet, Duta
Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong dan para pegawai kanan kerajaan.
Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh
industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain
David Cameron.
Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.
-- BERNAMA
MAM MAM RS


There are no comments yet