Pergolakkan dalam MIC di atas senarai calon-calon ‘boleh menang’ PRU

  • Anwar: Hold secret ballot for speaker or expect trouble
    Anwar: Hold secret ballot for speaker or expect trouble

    Parliamentarians should vote for the new Dewan Rakyat speaker in an absolutely secret ballot, or expect a "battle", warns PKR de facto leader Anwar Ibrahim. …

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be able to …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Terdapat pegawai-pegawai MIC yang kecewa dengan tindakan presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands dan pengarah Pemandu, Ravindran Devagunam, akan diletakkan di Kapar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun anak-anak tempatan di kedua-dua tempat yakin mereka boleh merampas kembali kerusi yang mereka kalah pada pilihan raya 2008.

The Malaysian Insider difahamkan, kedua-dua nama berada dalam senarai baru yang dihantar kepada pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak selepas senarai pertama ditolak.

“Kedua-dua nama Palanivel dan Ravindran berada dalam senarai baru yang diberi kepada Najib,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. “Palanivel untuk Cameron Highland dan Ravindran untuk Kapar.”

Najib telah memberitahu sekutunya dalam BN yang dia mempunyai kata pemutus dalam senarai pemilihan calon, termasuk pembahagian kerusi kepada 13 parti komponen BN lain di mana pada pilihan raya 2008 BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen serta kehilangan empat negeri.

Ketua BN dan perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi memberi laluan kepada Najib untuk menggantikannya pada April 2009. Najib yang menyatakan keyakinannya untuk merampas kembali empat negeri dan kerusi parlimen untuk mandatnya sebagai PM dalam pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

Presiden Umno itu juga telah menegaskan kepada semua parti komponen agar meletakkan “calon boleh menang” yang mana akan mengenepikan ramai ketua-ketua bahagian yang telah berkuasa sekian lama serta telah mengharap untuk bertanding dalam mana-mana daripada 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di seluruh negara kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri tahun lalu.

“Perdana menteri inginkan calon boleh menang tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana MIC tidak mempunyai, sehingga beliau (perdana menteri) perlu menempatkan presiden di kerusi yang selamat ataupun pilih seorang calon luar,” kata pegawai veteran MIC kepada The Malaysian Insider dengan syarat nama beliau dirahsiakan.

Cameron Highland yang terletak di negeri asal Najib di Pahang dilihat sebagai kerusi yang selamat disebabkan oleh jumlah ahli Umno yang besar di sana. Ini adalah salah satu daripada tiga kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, satu pertiga daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh MIC pada pilihan raya 2004.

Sesetengah pemimpin MIC yang lain telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Palanivel yang menggantikan ahli parlimen Cameron Highlands sekarang, Datuk S. K. Devamany kepada portal berita Free Malaysia Today. Ahli parlimen dua penggal itu ialah naib presiden parti dan juga timbalan menteri.

Salah seorang berkata dengan meletakkan Palanivel, ia seakan melakukan “bunuh diri bagi BN” dan BN akan kalah. Wartawan yang bertukar ahli politik itu pernah menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sehingga beliau kalah dalam pilihan raya 2008 dengan 198 undi. BN telah menggugurkan Palanivel sebagai calon pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 dan menawarkan jawatan senator sebagai ganti.

Beliau menggantikan bekas ketuanya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang berkuasa begitu lama, sebagai presiden MIC pada Disember 2010 dan dilantik sebagai menteri setahun selepas itu.

Palanivel bukanlah salah seorang yang disindir oleh pegawai parti, yang juga tidak berkenan dengan Ravindran yang dilatih untuk bertanding kerusi Kapar, yang sekarang ini disandang oleh S. Manikavasagam dari PKR. Kebetulan, Ravindran mempunyai talian persaudaraan dengan Manikavasagam melalui mendiang Tan Sri V. Manickavasagam, presiden MIC yang ke-6 dan Samy Vellu yang menggantikannya.

“Sudah  ada professional dalam parti, apa yang membuatkan dia terlalu istimewa? Dia adalah perunding cara kerajaan dan dibayar untuk membuat kerja melibatkan kaum India dan tidak seharusnya dijadikan sebab untuk meletakkan beliau sebagai calon,” kata seorang pegawai MIC merujuk kepada tugas Ravindran dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

“Saya harap Palanival akan membuat perkara betul dengan menggugurkan namanya. Apakah dia ahli MIC?” soal sumber berkenaan.

Ravindran memantau program anti rasuah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan menguruskan makmal Elektrik & Elektronik dan Perniagaan Borong dibawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), memfokuskan kepada program Tukar yang mensasarkan untuk meningkatkan taraf kehidupan pemilik kedai runcit.

Seorang lagi pegawai MIC menyatakan bahawa Ravindran bekerja rapat dengan parti untuk mengenalpasti, pemilik kedai runcit India yang layak untuk program tersebut akan tetapi beliau berkata, program ini adalah usaha parti dan bukannya perunding cara tersebut.

“Saya harap dia tidak menggunakan program ini dan parti untuk cita-cita peribadinya,” kata pegawai tersebut.

Sebelum bersama Pemandu, Ravindran yang mendapat latihan dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa menghabiskan masa selama 16 tahun bekerja di luar negara bersama syarikat multinasional dan syarikat runding cara seperti Booz-Allen & Hamilton, AT Kearney dan Deloitte Consulting SEA.

Beliau memulakan kariernya sebagai jurutera servis teknikal dan jurutera projek bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Haze Alert: What are current pollution levels like? Yahoo Newsroom

    Haze in Muar hits dangerous levels as API records 337 while Kota Tinggi becomes 'very unhealthy' as of 7am, June 20. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom The Malaysian Insider
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • AirAsia delay forces RM15,000 in extra expenses Malay Mail

    PETALING JAYA: SUBANG JAYA ECHO editor Teoh Teik Hoong is furious that a blunder by AirAsia resulted in him having to pay an additional RM15,000 for the environmental excursion he organised to Sabah …

  • Tukar sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan, kata bekas Hakim The Malaysian Insider

    Oleh Md Izwan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa.Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada “pengkhianatan” dilakukan dalam Pilihan Raya 2013.“Kita bukan mahu membunuh bahasa mereka,” kata Mohd Noor dalam satu forum bertajuk "Kedudukan Sekolah Vernakular dari …

  • Anwar kecam polisi ekonomi Malaysia The Malaysian Insider

    Oleh Md Izwan …