SEREMBAN, 20 Mei (BERNAMA) -- PERNEC Corporation Bhd berharap pengenalan makmal
Proof of Concept (POC) 3D IronCAD pada Karnival Kebitaraan Rekacipta dan Inovasi
2012 akan mencetuskan ledakan inovasi terutamanya di kalangan para pelajar
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di Malaysia.
Karnival Kebitaraaan SKK Kebangsaan 2012 diadakan di Sekolah Menengah Teknik
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, untuk memperkenalkan kejayaan kejayaan yang
telah dicapai oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) kepada umum dan telah
dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Seri Abd Ghaffar Mahmud
hari ini.
SKK adalah satu penjenamaan yang diberikan kepada sekolah sekolah yang di kenal
pasti cemerlang di dalam klusternya bertujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian
mereka di dalam Sistem Pendidikan negara.
Karnival yang bertemakan “Kebitaraan SKK Menjana Modal Insan Kreatif dan
Inovatif” pada dasarnya juga bertujuan untuk menggalakkan sekolah sekolah di
dalam kluster yang sama untuk mencontohi SKK tertentu yang telah di kenal pasti.
Ianya di anjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama dan Sekolah
Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
“Matlamat Pernec ialah untuk muncul sebagai peneraju bidang Inovasi dalam
Rekabentuk & Teknologi di Malaysia dan meletakkan Idea inovasi pelajar ke
peringkat antarabangsa. Ini adalah sebahagian daripada agenda negara pada 2012
yang juga dikenali sebagai Tahun Gerakan Inovasi,” kata Pengarah Urusan Kumpulan
Pernec Abdul Karim Sallam.
Antara komponen utama sebagai asas dalam Program Pembangunan Kreativiti dan
Inovasi ialah elemen Aplikasi Inovasi 3D IronCAD (Rekabentuk dan Teknologi),
tambah Abdul Karim.
“Penggunaan aplikasi 3D IronCAD tersebut kepada para pelajar SKK sudah pasti
akan dapat mengembangkan potensi pelajar dalam bidang rekabentuk, teknologi
kejuruteraan, teknologi pembuatan, aplikasi teknologi, kreativiti, inovasi,
perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir, daya kreatif, manipulasi dan kemahiran menyelesaikan masalah.
“Kandungannya antara lain mendedahkan tentang kemahiran asas, pengetahuan yang
berkaitan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta nilai dan sikap yang perlu
dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat kerja yang baik, sikap yang
positif serta semangat kerja secara berkumpulan,” kata Abdul Karim.
Sempena karnival ini, Pernec juga telah menyerahkan 50 lesen Aplikasi Inovasi 3D
IronCAD bernilai RM200,000 kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tuanku
Jaafar, Puan Hajah Noraziah Ramli.
Menurut Abdul Karim, sumbangan geran ini adalah sebagai satu komitmen Pernec
dalam memacu kecemerlangan di dalam bidang pendidikan negara.
Selari dengan makmal POC 3D IronCAD yang diadakan di Karnival Kebitaraan 2012
ini, Abdul Karim berkata Pernec akan melebarkan lagi penglibatan syarikat di
dalam misi menyokong objektif ‘Tahun Gerakan Inovasi 2012’ dengan menjalanlam
inisiatif yang merangkumi 3 bidang kerja:
- Menyediakan prasarana infrastruktur dan kelengkapan peralatan serta aplikasi
Rekabentuk, Inovasi dan Teknologi bagi peringkat sekolah menengah;
- Menyediakan latihan dan memperlengkapkan guru-guru mata pelajaran teknikal &
vokasional di bawah Kementerian Pelajaran dengan teknologi semasa dan
berkemahiran dalam aplikasi Rekabentuk, Inovasi dan Teknologi; dan
- Menyediakan satu platfom halatuju minat pelajar dalam bidang Rekabentuk, Sains
& Teknologi bagi menghadapi prasarana kerjaya dalam bidang teknologi Rekabentuk,
Inovasi dan Teknologi.
Tentang PERNEC
PERNEC Corporation Bhd ialah sebuah syarikat teknologi Kumpulan PNB yang telah
lama bertapak di dalam pelbagai bidang teknologi, memenuhi keperluan pelanggan
di Malaysia dan juga Negara luar. Kepelbagaiannya membolehkan Syarikat untuk
membekalkan penyelesaian penyelesaian yang khusus, berkos rendah dan teguh untuk
keperluan keperluan ICT mereka secara individu.
Syarikat juga kini sedang giat memperluaskan penguasaan pasaran dan tahap
operasi dengan mempelbagaikan servis servis yang ditawarkan untuk mengambil
peluang dari perubahan yang berlaku di dalam industry ICT dan juga prospek cerah
peningkatan ekonomi Negara.
Pengambil-alihan perniagaan telefon awam dari Telekom Malaysia juga telah
melebarkan lagi ufuk perniagaan bagi Pernec. Dengan jumlah pondok telefon awam
yang melebihi 40,000 di seluruh negara,Syarikat telah dapat membina satu
jaringan rangkaian komunikasi yang berfaedah dan juga kehadiran di seluruh
Malaysia melalui 25 pejabat PayPoint yang terletak di serata negara.
Semenjak itu, Pernec juga telah melalui transformasi yang memberangsangkan dan
kini muncul sebagai salah satu pemain penting di dalam industry ICT negara,
menawarkan pelbagai produk dan servis yang inovatif. Untuk maklumat selanjutnya,
sila layari laman sesawang syarikat di: http://www.pernec.com.my.
SUMBER : PERNEC Corporation Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : Dafizeck Daud
Ketua Perhubungan Media
PERNEC Corporation Berhad
Tel : 03-4259 6000 ext 6285
Emel : dafizeck@pernec.com.my
Mobil: 019 303 4734
--BERNAMA

