Malaysia Elections 2013

Peserta Bersih tidak berpeluang bersurai, kata ketua panel Suhakam

Oleh Hafidz Baharom

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ketua panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata peserta “tiada mempunyai banyak ruang untuk berlari” semasa Himpunan Bersih 28 April lalu sekaligus bertentangan dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan peserta mempunyai banyak jalan untuk bersurai.

Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee memberitahu wartawan selepas panel selesai membuat lawatan ke lokasi yang disediakan polis kepada peserta untuk keluar dan mendapati hanya terdapat dua lorong sempit.

“Polis berkata berkata terdapat banyak kawasan dimana peserta boleh bersurai dan kami masih mencarinya.

“Kami hanya jumpa dua. Satu lorong kecil berhampiran Hotel Citin dan Jalan Tun Perak di Masjid India,” kata Khaw.

Lawatan di lokasi selama tiga jam berjalan bermula di Dataran Merdeka dan ia termasuk sekitar kawasan tempat berkumpul di Kelab Diraja Selangor, Hotel Citin di Jalan Melayu dan Jalan Hang Tuah yang mana didakwa saksi berlakunya keganasan polis pada hari himpunan tersebut.

“Kami juga sedang merancang untuk melawat lokasi polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang mana mereka akan untuk menunjukkan kepada kami kawad duri, tembok penghalang, dan mereka akan menguji gas pemedih mata ke atas kami,” kata Khaw.

Khaw juga menambah pihak polis sentiasa bekerjasama dengan panel, tetapi mahu masih bertegas mahu bertemu dengan komander dan pegawai polis yang boleh menjawab dakwaan saksi berlakunya pergelutan.

“Satu perkara penting yang kami mahu ialah saksi daripada polis yang terlibat dalam dakwaan yang dibangkitkan dan menjawab terhadap tuduhan tersebut. Tetapi kami masih gagal bertemu dengan mereka,” katanya lagi.

Semasa sesi awal siasatan awam, Khaw telah menyuarakan rasa tidak berpuas hati kepada polis yang tampil kerana mereka seolah-olah tidak “melakukan, mendengar dan melihat apa-apa yang berlaku.”

Sesi seterusnya akan bersambung Isnin ini dengan testimoni daripada pihak polis.

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.