Gambar pra-perkahwinan Jehan Miskin, Julie Rhee

KETIKA demam pilihan raya ke-13 sedang rancak berjalan hujung minggu lalu, aktor Jehan Miskin selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis Korea, Julie Camelia Rhee di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas. Kata Jehan, beliau dan Julie bertemu di sebuah gimnasium di ibu negara lebih lima tahun lalu. Selepas menjalin cinta, Jehan dilaporkan sering berkunjung ke Korea untuk bertemu buah hatinya bila beliau tidak terikat dengan komitmen kerja. Di sini, Yahoo Malaysia merakamkan saat-saat manis Jehan dan isterinya sekitar majlis diadakan.