Malaysia Elections 2013

PIALA TPM: PESILAT PERLU KEKALKAN MOMENTUM KEJAYAAN KE LAOS

BATU PAHAT, 22 Sept (Bernama) -- Prestasi cemerlang pesilat mahasiswa negara

di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM)

edisi ketiga perlu dijadikan pembakar semangat untuk meraih kejayaan lebih besar

di Kejohanan Sukan Universiti Asean (SUA) Laos pada Dis ini.

Pengurus pasukan silat negara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Azli Pudin

berkata pesilat yang bakal dipilih untuk mewakili negara ke Laos perlu berusaha

untuk mengekalkan prestasi semasa mereka jika bercita-cita untuk bergelar

pesilat bertaraf dunia.

"Suka saya ingatkan bagi mereka yang bakal dipilih menerusi kejohanan Piala

TPM dan beberapa kejohanan lain sebelum ini tidak meletakkan diri keadaan selesa

kerana nama mereka boleh digugurkan bila-bila masa jika gagal kekalkan prestasi

semasa," katanya kepada Bernama hari ini.

Azli berkata pihaknya mahu memastikan bahawa semua 28 pesilat yang dipilih

nanti sentiasa berada dalam mood perlawanan.

KPT membuat keputusan menambah bilangan pesilat kepada 28 orang pada tahun

ini berbanding hanya 10 pada SUA edisi Chiangmai, Thailand pada 2010.

Ia mensasar untuk membawa pulang empat pingat emas - dua daripada pesilat

lelaki dan dua pesilat wanita.

-- BERNAMA

AMA RV RS

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.