PKR desak Najib beri penjelasan isu Scorpene

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA, 6 Jun — PKR hari ini menggesa perdana menteri tidak memandang remeh isu dakwaan maklumat rahsia laporan penilaian prestasi kapal selam negara, Scorpenen yang dijual kepada syarikat Perancis.

Sebaliknya, Datuk Seri Najib Razak perlu membuat penjelasan kerana isu itu melibatkan strategi pertahanan dan ancaman terhadap nyawa perajurit negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini turut menggesa Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak polis, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

"Isu ini melibatkan strategi pertahanan negara kerana ia bermakna negara asing telah memperolehi maklumat terperinci strategi pertahanan negara dan mereka boleh memanipulasi kelemahan Scorpenen.

"Saya mendesak Datuk Seri Najib Razak mengambil berat perkara ini dan membuat penjelasan bagaimana dokumen itu boleh dijual oleh penasihat utama beliau," katanya merujuk kepada Abdul Razak Baginda.

SUARAM sebelum ini mendedahkan sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, Terasasi Limited yang dimiliki Abdul Razak Baginda dan ayahnya, Abdul Malim Baginda, telah menjual dokumen sulit laporan prestasi Scopene kepada syarikat Perancis, DCNS.

Melalui peguamnya, Joseph Breham, SUARAM mendakwa dokumen itu telah dijual pada harga €36 juta (RM142 juta).

Jelas Azmin, perkara itu merupakan satu krisis nasional, dan beliau mendesak Najib segera mengambil tindakan dengan mengemukakan penjelasan berhubung perkara itu.

"Skandal Scorpenen ini sudah melangkaui persoalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat.

"Ini jelas menunjukkan bagaimana pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak mengabaikan keselamatan dan kemerdekaan negara demi mengumpul kekayaan peribadi.

"Ia adalah pengkhianatan tertinggi kepada negara yang perlu dijawab perdana menteri kerana kejadian itu berlaku semasa Najib memegang jawatan selaku menteri pertahanan," tegasnya lagi kepada pemberita.

Sementara itu Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan (MRK), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berpendapat skandal tersebut berpunca daripada pemusatan kuasa di tangan menteri.

Menurut Abdul Hadi, daripada pengalamannya yang pernah berkhidmat dengan angkatan tentera udara, salah satu perkara yang harus dikaji serta merta ialah campur tangan dan kuasa menteri yang terlalu besar sehingga mengenepikan pendapat panglima-panglima angkatan tentera.

"Pengaruh menteri dan lantikan politik serta pegawai bukan tentera yang terlalu besar hingga mengenepikan pendapat panglima-panglima tentera.

"Pengaruh berkenaan akan menjejaskan strategi dan taktik pertahanan negara, apatah lagi ia bukan bidang kepakaran mereka," katanya yang mewakili bekas tentera dan polis dalam majlis yang dipengerusikannya itu.

Beliau turut menjelaskan, menteri dan pegawai bukan tentera adalah penentu dasar pertahanan, sebaliknya, senario itu dilihat bertentangan kerana mereka lebih memainkan peranan aktif termasuk dalam pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan.

"Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa segala langkah telah diambil agar pembocoran maklumat itu tidak menjejaskan strategi pertahanan negara," tambahnya.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.