Malaysia Elections 2013

PKR mengecam penahanan Rafizi di bawah BAFIA

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini mengecam keras tindakan pihak polis menahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pagi ini di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Menurut Azmin, penahanan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba menutup segala pekung dalam penyelewengan dan salah guna kuasa dari diketahui oleh rakyat.

“Rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara,” kata Azmin dalam kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.

Rafizi ditahan pagi ini dan dibawa ke mahkamah Sesyen Shah Alam, didakwa di bawah seksyen 97 (1) BAFIA kerana mendedahkan data empat akaun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan NFC dengan dua lagi individu yang bernama Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Kerani Public Bank, Johari Mohamad yang bekerjasama dengan Rafizi mendedahkan data bank tersebut turut didakwa di bawah seksyen 112 (1) yang dibaca bersama dengan seksyen 91 (1) atas kesalahan mendedahkan rahsia sulit bank.

Rafizi dan Johari akan didenda maksimum RM3 juta atau penjara 3 tahun jika disabitkan bersalah, yang mungkin bakal menjejaskan peluang beliau untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Rafizi diwakli oleh peguamnya N. Surendran dan Puspawati Rosman, walaubagaimanapun dilepaskan oleh Hakim Aslam Zainuddin dengan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Menurut Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu, beliau menyeru agar rakyat bangkit menyatakan solidariti terhadap Rafizi dan menggesa mahkamah mengadili kes ini secara adil.

MORE ELECTION STORIES

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

PARLIAMENT SEATS: FINAL TALLY

                                                   
PARLIAMENT
BNPROthers
   
133890
   
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds