Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Poco-poco: Jangan pertikai fatwa negeri Perak, kata Jamil Khir

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 1 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu berkuat kuasa Januari lalu.

    Menurutnya, keputusan jawatankuasa itu mengharamkan tarian poco-poco adalah sah dan ia dibuat berdasarkan kajian dan pemerhatian.

    Jelas Jamil Khir, jawatankuasa itu mempunyai autoriti yang sah untuk mengeluarkan fatwa jika dirasakan sesuai termasuk mengharamkan tarian poco-poco.

    “Kita kena terima keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco dan negeri wajar mematahi arahan yang dikeluarkan itu.

    “Kita jangan keliru, fatwa ini bergantung kepada negeri... mungkin fatwa ini dikeluarkan atas sebab yang sahih dan ia ditentukan oleh jawatankuasa negeri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

    Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu selepas poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

    Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

    Jelas Jamil Khir, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan poco-poco tidak haram, namun jawatankuasa negeri masing-masing boleh memutuskan keputusan sekiranya dirasakan perlu.

    “Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan kata tidak haram tapi akhirnya ia diserah kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk haramkan atau tidak.

    “Kalau kata ia haram, keputusan juga terletak kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk gazetkan sebagai fatwa atau tidak, itu semua bergantung kepada negeri,” katanya.

    Kelmarin, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

    Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

    Bagaimanapun, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

    Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

    “Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” katanya.

    Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga khuatir dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa.

    “Akibat fatwa poco-poco, habislah semua yang macam ada kaitan dengan agama lain akan haram selepas ini,” kata beliau semalam.

     

    How do you feel about this article?

     

    23 comments

    • Mr Owl  •  1 year 1 month ago
      @Brandon

      "...poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian..."

      agama Islam HANYA melarang menggunapakai sebarang entiti/unsur agama lain oleh penganutnya sahaja. Islam TIDAK mengatakan entiti/unsur agama lain adalah salah dan berdosa. awak mahu amalkan agama awak, silakan. tapi orang islam tidak boleh melakukan sesuatu perkara/perbuatan pun dari agama awak. faham tak?

      ini bukan kerana unsur2 dari agama awak adalah salah, tetapi kerana Islam melarang menggunapakai sebarang entiti/unsur agama lain.

      kalau agama awak mahu melarang awak daripada melakukan sesuatu perkara yang mempunyai unsur Islam, teruskan! dan Islam serta penganut2nya tidak akan melarang apatah lagi untuk melatah...
      • Meor 1 year 1 month ago
        tapi setelah berbelas tahun ia diimplimentasikan baghu nak ishtihar beb !
      • Mr Owl 1 year 1 month ago
        better late than never, my friend!

        at least, they still carry on the study. for sure, religion matter need detail study and depth understanding. and of course, need longer time and extra effort.

        not by simply come out with fatwa within a day.
      • Brandon 1 year 1 month ago
        @mr owl
        kalu mahu amalkan tarian agama yang awak benarkan silakan...kenalpasti tarian yang agama awak haramkan dan halalkan..senang ceta..jgn menari sesuka hati..
    • sulaiman akhlakan  •  1 year 1 month ago
      kalau mufti dah cakap mcmtu, kita ikut je la sebab mufti lebih arif dalam hal ini. kalau kita berkeras dengan alasan sebgai senaman kesihatan, dah takde senaman lain ke kita nk buat utk kesihatan? kat dunia ni hanya wujud satu senaman ni je ke?? kalau benda tu bersifat was-was, kan lebih elok kita tinggalkan.. biar org bukan islam je yg buat senaman ni.. kita pegi la joging ke, aerobik ke.. hasutan musuh2 islam tu terlalul halus.. harap diperbetulkan andai ada silap dan salah.
      • Meor 1 year 1 month ago
        hasutan bukan islam mende bang.....
        kita sesame islam ni pun celaru...... depa bersatu jue......kite makin berbalah...tambah tambah bile berpolitik......hidup mati pun dah tak mau jenguk...kerane fanatisme. ...nak nyalahkan orang.........
    • Dino Pakcik  •  1 year 1 month ago
      Apa Dr Asri dan Dr Juanda cakap betui. Apa yang Muftii Perak lagi betui. So aku ikut yang lagi betui. Poco2 ni bukan nya penting tak mati kalu tak buat. Pi potong lalang kat masjid atau rumah jiran pon berpeluh ...
      • K.KUBU BHARU 1 year 1 month ago
        Terlalu ramai doktor akhir zaman ini. Ada doktor dalam bidang dan jurusan lain memberi fatwa dalam bidang lain. Ada doktor mendapat ijazah dari prof.-prof Kafir Yahudi dan Nasrani dari luar negeri dan dari Orientalis dalam negeri. Ada doktor palsu seperti doktor zainal di HKL dulu. Ada doktor "Horror" di India. Ada doktor ----naecologist ditangkap di S'pore kerana memperkosakan patient. Semuanya itu mencari makan dan mencari nama. Orang-orang naik nama itu kerana dia dilantik, bukan dia terpandai daripada orang lain. Kebanyakannya pandai bercakap sahaja bukan warak dan bukan juga pengamal.
      • jeneral tojo 1 year 1 month ago
        tak perlu poco2 kan dah ada senamrobik. yang penting tutup aurat,wanita pulak biar kat barisan belakang.
      • Mohamad Nazrin 1 year 1 month ago
        setuju.. x mati pn klu x wt poco2.. bia la haram ke x pn.. klu ckp tjuan nk riadah, bkn x de bnde lain nk wt.. bah kn solat pn stu senaman jgak..
    • Zacks Raz  •  1 year 1 month ago
      Astaghafirullah..... jahilnya pemimpin dan alim ulamak dinegara in ya Allah, apakah mungkin hukum mu ada double standard, adanya fatwa negara dan fatwa negeri, Hukum Islam tiada double standard maka jika hukumnya ditetapkan maka negara atau negeri mesti mengikutnya, mana ada ikut suka, lihatlah saudara-saudara ku yg islam, inikah pemimpin yg kita pilih untuk memimpin kita nescaya ke nerakalah kita...dan lihatlah ahli kitab yang fasikh yg hanya menjaga tengkolok mereka dan tidak berani menyuarakan kebenaran hanya kerana mereka bekerja dan mendapat gaji dari pemerintah...

      Ya Allah ya tuhanku mohon berilah petunjuk kepada peminpin dan ahli kiatb ini ke jalan mu @ hancurkanlah mereka dari muka bumi ini....amin ya rabbal alamin..
      • Mr Owl 1 year 1 month ago
        @Zacks Raz:

        Nabi tidak larang kita bermazhab pun...nampak tak kelonggaran yang diberikan dalam menyelesaikan masalah-masalah kecil sebegini?

        berbeza fatwa tidak mengapa kerana mazhab kita juga berbeza dalam hal2 remeh. tetapi kita bersatu dan bersama dalam hal berkaitan Tuhan, nabi, Quran dan sebagainya.
      • eitry 1 year 1 month ago
        bagaimana pula utk kes keluarkan fatwa secara individu oleh ulamak2 di malaysia kebelakangan ni??any komen??
      • サフラ 1 year 1 month ago
        bukankah sebab ini baru terjadi segala macam masalah? bukankah patut fatwa itu dipersetujui secara suara ramai(oleh ulama2')?sekarang timbul masalah nak ikut siapa. tolonglah..jangan mempermainkan hal agama..kalau kita salah dan orang ikut kita, dosa mereka pun kita tanggung sebab mengajar ke arah bukan kebaikan dan kebenaran...
    • Pazuzu Watanabe  •  1 year 1 month ago
      poco poco ia lah lagu dari indonesia........hanya tarian tu ala jamaican.....tapi dlm vd clip poco poco,yg ada nampak hanya merupakan saperti line dancing,,mmcm aerobik..cam tu haramkan la rancangan astro ..mari berdansa,lagi teruk,nak katakan 90% peserta orang melayu...filem2 bollywood pun bnyak ada tarian2 ghairah,dan juga rnchangan lain saperti ....so you think you can dance...so banyak la lagi prkara yg lain patut di tangani.
      • Meor 1 year 1 month ago
        yg tu tak diharam pulak...... yg bijak pandai kasi rakyat bawahan pening.................!
      • Cisss 1 year 1 month ago
        poco poco ia lah lagu dari indonesia........hanya tarian tu ala jamaican.....tapi dlm vd clip poco poco,yg ada nampak hanya merupakan saperti line dancing,,mmcm aerobik..cam tu haramkan la rancangan astro ..mari berdansa,lagi teruk,nak katakan 90% peserta orang melayu...filem2 bollywood pun bnyak ada tarian2 ghairah,dan juga rnchangan lain saperti ....so you think you can dance...so banyak la lagi prkara yg lain patut di tangani. - BETUL BETUL BETUL...haha
      • Mr Owl 1 year 1 month ago
        @Meor dan Phil:

        siapa kata benda2 seperti itu tidak haram? pernah keluar forum berpegang tangan dengan ajnabi dalam lakonan adalah haram. inikan pula dalam tarian apatah lagi tarian yang mengghairahkan...

        mereka tak nak tinggal benda2 sebegitu kerana degil, bukan kerana mufti tak keluar fatwa.

        nak larang siar rancangan/program seperti itu 100% pun susah juga kerana di Malaysia ni ada bukan-muslim. pandai2 la pilih siaran yang berguna atau tidak.

        merokok itu pun haram. tapi kenapa ramai yang masih merokok dan berapa ramai yang mula merokok? nak salahkan mufti juga?

        buka aurat itu haram tapi berapa ramai yang auratnya tertutup/dijaga seperti menurut Quran? terutamanya perempuan.

        banyak lagi contoh kan? jadi, sampai bila nak salahkan mufti2 je?
    • Zacks Raz  •  1 year 1 month ago
      Maaf, Mr Owl Dan Pakcik, saya bukan tak setuju dgn anda berdua, tapi saya mengatakan ttg apa yg kita semua terutama ahli kitab buat, contoh islam hanya ada hukum islam dan pemerintahan Khilafah.....mana ada demokrasi dlm islam......apa kita buat dlm hal ini mana hala tuju kita dan ahli kitab kita.....cuba tanya ahli kitab benarkah islam tidak menerima demokrasi? kalau dia kata tidak minta buktikan dgn dalilnya.....kenapa poco-poco yg ahli fatwa nak sibuk padahal surah 24 ayat 2 allah sura dera org yg berzina tak berani nak bersuara pun ahli kitab so bukan kah mufti dan alim ulamak kita adalah yg fasikh....?????

      Maaf sekali lg bukan nak berdebat dgn saudara sekadar memberi pandangan say yg kurang berilmu...tq
    • Tebu Jelebu  •  1 year 1 month ago
      Untuk Brandon, jangan sensitif sangat bila monitor ruangan ni. U tak faham sebenarnya isu haram dan halal tu jadi cubalah hayati jika mahu memahami keindahan Islam. Bukan nak menyalahkan orang kristian, jika kristian tu nak haramkanpun apa salahnya itu bagi ugama kamu. Bukan tak habisx nak salahkan kristian, jika perkara yang diharamkan oleh Islam tu hanyalah untuk umat Islam sahaja. Perbandingan yang diutarakan itu hanyalah sebagai perbandingan dan amalanx sahaja. Tolong faham dan jangan mudah melatah. ok
    • Radio Active  •  1 year 1 month ago
      Ttg hukum islam, kita org biasa x layak nak komen. Tp kita boleh perhati keadaan. Spt kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, isu poco-poco ni dah jadi pencetus thread bagi melihat kebijaksanaan mufti2 kita. Nmpak percanggahan pendapat. Haritu, isu nikah dalam masjid. Kalau banyak sgt yg kita ikut orang kafir, apa yang kita tak ikut? Klu gitu, sembahyang dlm masjid pun ikut org kristian yg sembahyang dlm gereja sbb mereka dulu. Umat Isa lebih dulu dr umat Muhammad s.a.w. Apa yang kita buat hari ini semua ikutan kepada sesuatu yang terdahulu. Dimana akal kita sebagai manusia? Kan Allah jua yg bagi akal kat kita? Dimana kebijaksanaan mufti2 kita? Sehingga menyerlahkan percanggahan pendapat diantara mereka sendiri? Siapa yang patut kita ikut? Kalau Islam tidak menyusahkan, kita ikut yang senang lah. Yang kita suka. Asal akidah x terpesong. Apa yang buat akidah kita terpesong dalam poco2, nikah dimasjid dsbnya? Saya nampak lebih tinggi ilmu seseorang, makin banyak perkara jadi terlarang. Akhirnya, duduk kat tikar sembahyang, tidur dan tunggu mati sahaja. X yah buat apa2 - sbb bila nak beramal pun banyak larangannya. Bukankah penyatuan umah juga jadi tanggungjawab mereka? Confused? Memang mengelirukankan depa ni semua.
    • Bangsa Malaysia  •  1 year 1 month ago
      I agree with you Whatever la....I don't understand why a mufti need to link all things bad to christianity. If he wants it ban then do so without making another religion look bad. It is NOT a christian practice. This is where someone who sits in a position of power and influence uses it in a wrong manner. Culture of blame is just annoying.
    • Jun  •  1 year 1 month ago
      yang penting nawaitu kita dalam melakukan sesuatu perbuatan atau perkara...kalau nawaitu dah x betul...x betul ler jadinya...kalau nawaitu untuk kesihatan...sihat ler jadinya...x perlu kita rakyat nak berdebat...dan hendak bermusuhan pula..hanya kerana POCO-POCO yang orang indon bawak nih...
    • Brandon  •  1 year 1 month ago
      tak habis2 kaitan ngan agama orang lain...what is this??poco2 ada kaitan ngan org kristian???
      poco2 tu tarian orang indo la...sala satu tarian suku kaum dorang!!!bad perception!!dangdut tu apasal korang tak haramkan???
    • Confuse'D  •  1 year 1 month ago
      Chief : saya salute you. Kalau nak haramkan, banyak yang kena diharamkan. Lebai pun agama hindu memakainya dari dulu. Seperti juga rantai biji yang dikira membaca, asas astrologi sebahagianya dari agama hindu. Sembahyang cara agama hindu menyatukan kedua belah tapak tangan dan sebagainya. Kalau macam ni, tapak tangan sendiri dilarang bersemuka. Carilah dan buak kajian kalau betul betul naka tahu agama mana yang betul, jalan kepada tuhan yang betul, dama cara saintifik atau pun klasik. Kerana kita di didik agama, bukan kita lahir dengan diprogramkan oleh tuhan tentang agama. Tuhan sudah memberi otak akal supaya berfikir dan tindak secara moral dalam hudup. Jangan kita rasa apa yang kita buat tu atau percaya itu betul selalunya. Kita kena berani hadapi kebenaran, sekiranya itu adalah jalan yang salah, elok kita fikirkan apa yang kita percaya itu salah. Kalau dah biasa ikut yang salah, jangan nak condemn yang lain. Tak betul tu. Tuhan yang betul betul tu pun tak akan maafkan kerana dia lah pencipta. Kita sepatutnya buat baik untuk diri dan yang lain. sekurang kurangnya dengan tidak menyakiti yang lain.
    • Tunggu dan lihat  •  1 year 1 month ago
      Lebih baik kita meninggalkan perkara yang meragukan. Begitu juga dengan amalan yoga yang pernah diharamkan satu ketika dahulu kerana ada terselit pemujaan agama hindu. Mengapa perlu berdebat untuk hal remeh seperti ini? Mengapa tidak kita memperdebatkan isu rokok yang sudah jelas yang ia adalah haram.
    • jeda lim  •  1 year 1 month ago
      poco-poco pun menjadi ISU? -.-"
      jahilnya dimana? orangnya atau tarian, ustaz?konfius..
    • Alwi Noorbi  •  1 year 1 month ago
      apa dah jadi mufti kata haram ,menteri pulak lain ha
    • Dino Pakcik  •  1 year 1 month ago
      Tambahan .. apa yang Mufti Perak cakap berdasarkan council decision kan? Pasti betui. Wallahu'alam.
    • Mr Owl  •  1 year 1 month ago
      @Zacks Raz:

      Nabi tidak larang kita bermazhab pun...nampak tak kelonggaran yang diberikan dalam menyelesaikan masalah-masalah kecil sebegini?

      berbeza fatwa tidak mengapa kerana mazhab kita juga berbeza dalam hal2 remeh. tetapi kita bersatu dan bersama dalam hal berkaitan Tuhan, nabi, Quran dan sebagainya.
    • Saadi  •  1 year 1 month ago
      sgt bersetuju...lebih bagus dan baik jika semua majlis fatwa kebangsaan sepakat memutuskan poco2 haram bagi orang Islam..
    • Abby Zadin  •  1 year 1 month ago
      ermmmmlantak lah hei.......best nyer poco2.mufti tu haramkan poco2 sebab bini die dah gian poco2......hahahahahhahahahahaakkkkkkkkkktuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • NZM  •  1 year 1 month ago
      Kalau nak poco poco gak, buat je dirumah...tak payah bising-bising !

    Most Popular

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Lee Chong Wei out of Thomas Cup Finals after ankle injury

      Malaysia's badminton hero Lee Chong Wei has pulled out of the Thomas Cup Finals after injuring his ankle in a group match.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options