POLIS NAFI GUNA KEKERASAN TERHADAP TAHANAN MATI DALAM LOKAP

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

  • How Umno exploits fears of Pakatan among Malays
    How Umno exploits fears of Pakatan among Malays

    INTERVIEW Umno has successfully exploited the fears many Malays that a stronger Pakatan Rakyat would mean a dominant DAP, said PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. …

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Polis menafikan dakwaan berlaku kekerasan

terhadap seorang tahanan yang ditemui mati dalam lokap Balai Polis USJ8, Subang

Jaya dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata Chang Chin Te, 30,

ditahan 10 Jan lepas bersama tiga rakannya kerana disyaki anggota geng samun

bersenjata api, ditemui tertiarap dan mulutnya berbuih semasa pemeriksaan polis

pada 8.05 pagi, 14 Jan lepas.

"Pihak polis terus menghubungi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan

koroner serta forensik yang memeriksa suspek kemudian mengesahkan kematiannya,"

kata Yahaya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya bedah siasat mendapati suspek yang berasal dari Kampung Subang, Shah

Alam tidak mengalami kecederaan fizikal.

Yahaya berkata semalam isteri suspek membuat laporan di Balai Polis Sungai

Buloh pada 7.47 malam kerana tidak berpuas hati dengan kematian suaminya.

-- LAGI

POLIS-LOKAP 2 (AKHIR) PETALING JAYA

"Isteri suspek dalam laporannya mendakwa terdapat kesan luka pada mayat

suaminya iaitu di tangan dan kaki. Sehubungan itu itu pihak kami telah

menubuhkan sebuah pasukan untuk menjalankan siasatan lebih lanjut.

"Kami tidak menggunakan sebarang kekerasan ketika suspek berada dalam lokap

dan berjanji akan membuat siasatan secara terperinci. Kami juga berharap perkara

ini tidak dipolitikkan kerana suspek mati dalam lokap," katanya.

Pada 10 Jan lepas, polis menahan empat suspek berumur 19 hingga 36 tahun itu

di sekitar Subang Jaya di sini hasil maklumat orang ramai dan risikan polis.

"Supek pertama ditahan pukul 3.30 petang selepas polis menyerbu sebuah hotel

di USJ 1 dan menemui tiga kunci kereta berjenama Nissan, satu plastik

lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 1.3 gram, dua buah telefon bimbit

serta resit hotel di dalam beg sandang lelaki itu," katanya.

Yahaya berkata susulan itu, pada hari sama, polis menyerbu sebuah rumah di

kawasan perumahan di USJ 3 dan berjaya menahan tiga lagi lelaki dan merampas 21

buah beg dan dompet, sebilah pedang samurai, tujuh telefon bimbit beserta kad

sim dan dua kad kereta serta sebuah kereta Proton Saga menggunakan

nombor pendaftaran palsu.

Reman kesemua suspek yang tamat semalam disambung sehingga Jumaat ini,

katanya.

-- BERNAMA

NDJM NUA AKT RHM

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.