Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Politik ‘kepala babi’

    4 FEB — Muncul lagi kes-kes “kepala babi” dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur.

    Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa.

    Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam.

    Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina.

    Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya?

    Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali?

    Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara.

    Yang penting bagi golongan ini adalah politik.

    Enam insiden selepas PRU 12

    Politik “kepala babi” bermula kembali semenjak tahun 2009.

    Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari tahun itu, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor.

    Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru. Terbaru di Rawang dan Sentul.

    Apa yang boleh dibanggakan adalah kali ini, emosi orang-orang Melayu-Islam masih dapat dikawal dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi jahat seperti ini.

    Bayangkanlah jika insiden sebegini berlaku dizaman sebelum Internet berkembang luas, sudah pasti sudah berlakunya pertumpahan darah yang meragut nyawa.

    Mujur pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memainkan peranan dengan mengeluarkan kenyataan untuk meminta umat Islam bertenang. Sudah pasti banyak lagi pertubuhan Islam yang sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

    Wakil rakyat Cina

    Lebih ironi lagi, kedua-dua kawasan insiden kepala babi mempunyai wakil rakyat yang berketurunan Tionghua. DUN Rawang diwakili oleh YB Gan Pei Nei.

    Manakala Sentul pula terletak di bawah parlimen Batu dimana Naib Presiden PKR, YB Tian Chua adalah wakilnya.

    Kedua-dua Gan Pei Nei dan Tian Chua adalah dari PKR.

    Apakah insiden ini adalah sebahagian dari taktik untuk mengurangkan undi orang Melayu terhadap dua wakil rakyat ini?

    Jika itulah tujuannya, kemungkinan besar taktik mencampakkan kepala babi kedalam masjid ini akan “backfire” kepada pelakunya oleh kerana taktik seumpama ini sudah dapat “dibaca” orang ramai.

    Pada hari kepala babi ditemui di Sentul, penulis sempat bersembang dengan berberapa anak-anak muda Melayu di sebuah kedai makan.

    Mereka tidak mempercayai kepala babi tersebut diletakkan oleh orang Cina di masjid kerana pada tanggapan mereka, orang-orang Cina tidak akan berani melakukan perbuatan terkutuk itu.

    “Mana orang Cina berani bang. Diaorang mesti tau risiko ‘kena cincang’ kalau tertangkap semasa melakukan,” kata seorang anak muda kepada penulis.

    Jangan gadai keharmonian negara kerana politik

    Keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini jangan digadai.

    Jangan hanya kerana mahu mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, rakyat berbunuh-bunuh.

    Mahukah Malaysia jadi seperti sesetengah negara dimana perang saudara tidak pernah berhenti?

    Mujurlah kini orang-orang Melayu tidak lagi mudah dipergunakan.

    Generasi muda hari ini kebanyakkannya berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun telah banyak provokasi — menjurus kepada pergaduhan kaum dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun.

    Apabila berlaku provokasi sebegini berlaku, yang paling penting para pemimpin masyarakat harus keluar untuk menenangkan keadaan.

    Apabila masyarakat berfikir dengan waras, provokasi tidak akan berjaya dilakukan.

    Sudah sampai masanya agar masyarakat Malaysia menyatakan pendirian tegas menolak sebarang provokasi jahat seperti ini. Kita tidak mahu politik Malaysia ditentukan oleh kepala babi.

    * The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

    How do you feel about this article?

     

    31 comments

    • Zamli  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Political and race tensions are running high at the moment and PRU is just around the corner so someone is feverish to take advantage of the situations.
    • Ynwa.vj  •  3 months ago
      tak kira siapa yg buat perkara mcm ni .memang salah patut diambil tindakan undang2 kerana tempat ibadah itu adalah suci...saya yg berugama hindu turut mengutuk tindakan tu....PEACE 4 ALL MALAYSIAN
      • On 3 months ago
        gua respect lu bro..
      • Ahmed 3 months ago
        GUA LAGI RESPECT LU! KITA SAMA2 RESPECT!!!
      • Azhar 3 months ago
        Apa-apa pun kita ni kan rakyat malaysia dan kita semua ni dilahirkan di malaysia jadi patutlah kita hormat menghormati antara satu sama lain tak kira agama ataupun kaum. Satu hari nanti kita akan tahu jugak siapa yang punya angkara ni.
    • Jaiz  •  3 months ago
      PERHATIAN
      Percayalah ini suma adalah kerja2 ORG2 YG DI UPAH OLEH ORG2 POLITIK (SAMAADA BN ATAU PEMBANGKANG).Aku 16 tahun kerja bawak lori babi fr malaysia to singapore.Mustahil org melayu yg kaya atau miskin penagih dadah,budak2 melayu dadah pun tk hingin nkbat kje bodoh itu pasal duk layan stim lg best ndok? nk kata cina yg buat tk mungkin buat gulai lemak campoo tempoyal lg enak doh? PASTI LAH DR ORG BERKEPENTINGAN ,ORG CINA SIBUK CARI DUIT !!! ORG MELAYU MEMANG DAH TERMAKTUB HAL2 BRKAITAN DGN HINZIR NI TAKAN SENTUH???? MUSTAHIL ADA ORG NK BERSUSAH PAYAH NK CRI KPALA BABI DN ANTA DGN PENUH RISIKO ITU TIADA GANJARAN YG LUMAYAN? DI MALAYSIA NI SPE GOLONGAN YG SUPER LUMAYAN?
      • martol 3 months ago
        Maafkan saya bertanya Jaiz, apakah anda seorang Muslim?

        Mengikut cerita anda pernah membawa lori babi from Malaysia to Singapore selama 16 tahun.

        Tahukah anda hukum hakam syarak bahawa mencari rezeki dengan menhantar babi adalah sama seperti memakan dagingnya. Samalah keadaan nya dengan arak. Walau kita tidak minum, mejual nya pun haram.
      • The guardian 3 months ago
        busted
      • Puaka Tanah 3 months ago
        amput anak dan bunuh anak tu lagi salah brother...bawa babi jalan-jalan mana ada salah..
    • Justin  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Biasanya orang Cina makan kepala babi. Buang dikira membazir.
      • Ahmed 3 months ago
        Don't worry, we Malays are confident this is the work of stupid malays, thogh I'm a Malay myself, there are moronic malays!!
      • Hamzah 3 months ago
        haha siapa yang moron tu bro..
    • Abe  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      PANTANG MAK BAPAK ORANG MELAYU DENGAN BABI.....orang melayu yang terjahil pun takkan buat kerja terkutuk tu..paling tidak pun Mat pit yang curi tabung masjid...kerja siapa lagi?...ini saje nak uji orang melayu...atau dah mula NAK PANJAT KEPALA....????
    • martol  •  3 months ago
      Saya kira perkara ini berlaku ada kaitannya dengan kes memurtadkan orang Islam.
    • pseudokiasuu  •  3 months ago
      These what should have happened following the pigs' head incident and something to ponder :-
      1.) Malay should have got furious and be hell-bent on revenge against Chinese Or Indians.
      2.) Which is one Malay extremist party which would have condone and would have
      benefited or vindicated by this act.
      3.) Why this party is targeting chinese by choosing Pigs' head and not Dogs' head as they
      would've boiled same amount of anger among malays.
      4.) Which are the other political parties which would benefited if all Malays in Malaysia
      wedged animosity against other races...divide and rule would always ensure hegemony !.
      If Malaysian ( Malay + Chinese + Indian + Others ) could reflect on this with our consious mind and not let the intutive take control then I am sure we are the greatest political party with utopian vision.
      • Wolverine 3 months ago
        Lompat Si Katak Lompat...Lompat-lah tinggi tinggi
      • MustaffaM 3 months ago
        Mr Kiasu, not many Malays are stupid enough to believe this is done by the Chinese. My theory is, these desperate Malays paid some drugs addicts to commit such stupid acts.Politics in Malaysia give such power and lucrative businesses and people are willing to swim through shits to achieve their objectives.
      • Watermelon 3 months ago
        I thought so too, MustaffaM. The persons who physically carry out the acts are merely "delivery boys." Probably just some unemployed bums or junkies off the streets. They were given the fee, the package and instructions on what to do. The payers were strangers to the payees, that way, it would not lead back to them if the latter were to be caught in the acts.
    • Franz Hairil  •  Alur Setar, Kedah  •  3 months ago
      Ini keje provokasi. Ada pihak nak negara huru hara. BN atau PR, aku x berani nak kata sape yg wat. Masing2 ada motif dan agenda tersendiri. Yg penting jgn melenting dan melatah.
      • degawan 3 months ago
        yup betul tu bro..ni blm apa2 dah tuding jari..mereka yg buat ketawa mcm beruk..
      • Franz Hairil 3 months ago
        Tu yg aku katakan pihak ketiga mungkin terlibat. Mereka ni x memihak pada mana2 parti. Hanya seronok nak melaga-lagakan kaum.
      • abdullah 3 months ago
        yaz..mereka yg membuat perkara ini tidak suka melihat negara kita dalam keadaan mana damai...kemungkinan mereka ini suka melihat kejadian huru hara seperti di luar negara.kalu berpolitik kena ada batasnya, kite sebagai rakyat yg merdeka & sebagai orang islam yg waras haruslah x melatah dengan sewenang-wenangnya.tetapi rasenya kemungkinan ada 'Master mind' di sebalik kejadian..kita serahkan kepada pihak yg berkuasa&profesional utk menyelesaikan masalah ini.
        .
    • Trusang  •  3 months ago
      Saya heran polis Malaysia cukup bagus dan cekap bila menangani kes tuduhan seks, liwat, dan lain2 'jenayah politik'. Tetapi kes serious macam ini tak boleh ke dia pasang spy di merata mesjid termasuk bermalam di sana. Jgn cakap tak cukup anggota. Bila Bersih berkumpul-boleh pula ribuan polis buat road block dan pasang 'bond' serta tangkap pemberi risalah. Mana silap ni?
    • Alwalid  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Saya TIDAK PERCAYA ini dilakukan oleh orang cina. Dari kajian saya dan perbualan dengan ramai rakan-rakan ianya dilakukan oleh orang yang sakit hati dengan PAKATAN RAKYAT. Masih ingat tak kita peristiwa KEPALA LEMBU di angkat oleh beruk-beruk UMNO ke Pejabat SUK Shah Alam ? Jadi peristiwa begini serupa juga..... Cuma orang yg kurang cerdik, atau istilah bahasa kasar BODOH
    • SURGA NERAKA  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Jawatankuasa masjid dan tempat ibadat lain hendaklah memasang CCTV bagi menangkap mereka yang lakukan kerja terkutuk macam ini.
    • MustaffaM  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Ini mesti kerja budak Melayu yg tak de kerja dan nak cari duit beli dadah.Orang Cina tak kan nak buat macam tu, dia pun tau suwe buat kerja tak elok. Lebih baik dia buat soup dan makan satu keluarga. Rentikanlah dari buat kerja bodoh ni. Tak usahlah tunjuk kita ni pariah sangat.
    • Tan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Siapa lagi kalu bukan orang yg sama bangsa & agama ??? Ada orang Cina pun tak tau cam mana masjid , apatah lagi surau. Yg mereka tau tokong & kuih india je ,,,,, biasa lah dipenohi patung patung berhala. Mana tau orang Perkosa ,,,, biasa lah ,, dah kena hantam bagi angpow putih.
    • Idrus  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Ini semua kerja orang-orang yang terdesak !
    • Simon  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Saya syakki penulis komen ini ada kaitan dengan insiden ini. Sedangkan insiden ini sudah reda dan rakyat telah mula menjalankan kehidupan harian seperti biasa dan tidakpun membangkitkan insiden ini lagi, tiba2 penulis membangkitkan semula insiden ini. Apa tujuan penulis buat begitu? Mau supaya rakyat malaysia terutamanya rakyat melayu tidak dapat lupa insiden ini ataupun mau mencerminkan satu imej yang buruk kepada orang cina kerana babi adalah kaitan dengan orang cina? Ataupun penulis ini senjaga diupah oleh pihak politik untuk berbuat demikian?
    • Zaid  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      Secara logik nya politik Kepala Babi ini tidak dilakukan olih Orang2 China, tetapi sebaliknya dilakukan olih Orang2 Melayu sendiri; melayu yang sempit pemahaman mereka dalam reality politik di Malaysia. Saya tak mahu tuduh kepada penyokong UMNO ke atau mana2 penyokong parti lain, tetapi yang saya pasti di sini ia ada lah perlakuan orang melayu. Sebab; kalau orang china yang melakukan nya, kenapa mesti 'KEPALA' tidak dari lain2 angota atau bahagian babi? saperti darah ke? usus, tahi, perut ke?kulit ke? atau lain2 yang memang orang china tukang daging sentiasa berlumuran dengan benda2 itu.
      Kenapa mesti kepala? sebab kepala ada lah bahagian yang paling tidak menjijikan bagi orang melayu yang tidak pernah melapah babi untuk digunakan dalam kerja jahat mereka itu. Cari kepala, jumpa, masukkan kedalam beg plastik tanpa perlu menyentuh pun dan kemudian hantar kemana2 masjid atau surau yang di senaraikan olih rencana di atas.
      Nasib baik Rakyat Malaysia ini sangat tinggi tahap toloransi nya dalam hubungan kaum, dan sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak. Alham dullilah, tidak huru hara kerana fitnah-fitnah jahat tersebut.
    • Puaka Tanah  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      harga kepala babi sekilo mahal loo... sayang dibuang saja...Macammana mereka yang bagi Lim Guan Eng Macam-macam tu tak salah ke? Dan Khir Toyo dulu pun ada bagi penyapu sampah...pun betul juga...tidak salah...Tikam pala babi janganlah ke dalam masjid tu salah tu..kalau nak tikam pun dalam periuklah...baru betul makan dengan minum stout baru baguss...
    • keris sakti  •  3 months ago
      mat gian dapat upah pun boleh juga buat kerja terkutuk ni....Orang cina tak sanggup buat kerja yang besar sangat risoko ni....
    • A Yahoo! User  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Kesabaran orang Melayu ada hadnya. Tambahan dengan keadaan sekarang dimana kaum Cina lebih banyak meminta keistemewaan daripada kerajaan dan jika tidak dituruti mereka akan menyokong pembangkang dan tindakan seumpa ini merupakan seperti mengugut kerajaan. Semasa di Pulau Pinang tempoh hari aku nampak pasukan komuniti polis yang mana rata ratnya adalah dari rmaja kaum Cina. Penyertaan mereka didalam aktiviti ini amatlah baik tetapi cara pemakaian mereka dengan seluar pendek dan kereta merea dilengkapi dengan siren polis menunjukan mereka lebih hebat daripada pasukan polis malaysia, Kehendak dan cara mereka menyertai dan melaksanakan kerja ini seperti tidak mematuhi undang-undang negara tetapi kerajaan ikut telunjuk mereka kerana hendak mengambil hati mereka dan ini ternyata melebihi daripada tugasan yang diberikan dan orang melayu masih lagi bersabar. Jika orang Melayu tidak bersuara jangan anggap orang Melayu suka tetapi mereka tidak mahu bising tetapi jika kesabaran telah hilang susah nak di redakan.
    • TG  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      xheran la ni.. kepala babi ka.. kpala lembu ka... tu semua nak bagi melayu berpecah.. geng PR kata angkara UMNO.. nk bagi org melayu jgn undi cina.. semua ni keje UMNO.. masyallah.. sedar la wahai melayu ku semua... cina dah mula pijak kepala org melayu.. terutama DAP.. tapi kalu PERKASA bagi ampau putih.. heboh dunia.. sokong tindakan PERKASA.. jgn ingat melayu ni boleh dibuat sesuka hati.. tanah melayu tetap melayu punya.. takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    Most Popular

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Lee Chong Wei out of Thomas Cup Finals after ankle injury

      Malaysia's badminton hero Lee Chong Wei has pulled out of the Thomas Cup Finals after injuring his ankle in a group match.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options