PR akan laksana bidaan AP tampung perbelanjaan mansuh duti eksais

Oleh Mohd Farhan Darwis

PETALING JAYA, 31 Julai — Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk melaksanakan penjualan Permit Import (AP) secara bidaan umum  bagi mendapatkan sumber pendapatan daripada permit berkenaan  selepas melaksanakan cadangan pemansuhan duti eksais kereta sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh antara tiga tahun bermula 2013 sehingga sebelum AP dimansuhkan pada 2015, PR telah mengemukakan cadangan yang bakal menyaksikan negara menjana pendapatan sehingga RM2.8 bilion setahun daripada bidaan umum AP tersebut.

“AP di bawah Umno - Barisan Nasional (BN) hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan mereka.


“Sebab itu PKR mencadangkan supaya kerajaan akan datang, tidak kira BN atau Pakatan, supaya menghapuskan AP menjelang 2015 supaya tidak melanggar WTO (Perjanjian Perdagangan Antarabangsa) dan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Asean),” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Melalui mekanisme yang dicadangkannya, Rafizi menjelaskan, AP yang akan dijual itu akan dibezakan mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api bagi membolehkan lebih banyak kereta jenis sedemikian diperkenalkan.

“Harga bidaan umum ini bermula pada kadar RM10,000 untuk kereta biasa, RM20,000 kenderaan biasa, dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi dan menggunakan lebih bahan api.

Harga terkini AP yang dijual kepada pengusaha kereta adalah berjumlah RM10,000, dengan sebanyak 66,608 AP dikeluarkan pada 2011.

“Kami percaya, purata AP yang dikeluarkan bakal mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada bidaan,” katanya dan menambah,”dengan anggaran 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, hasil berjumlah RM2.8 bilion akan dapat diterima kerajaan.”

“Harga bidaan umum ini bermula pada kadar RM10,000 untuk kereta jimat bahan api, RM20,000 kenderaan biasa, dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi dan menggunakan lebih bahan api.

“Melalui kaedah ini, pengedar kereta akan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan AP. Sekarang ini hanya ada sekitar dua, tiga syarikat sahaja yang mempunyai AP.

“Kami mahu tukar sistem AP sedia ada,” katanya lagi.

Harga terkini AP yang dijual kepada pengusaha kereta adalah berjumlah RM10,000, dengan sebanyak 66,608 AP dikeluarkan pada 2011.

“Kami percaya, purata AP yang dikeluarkan bakal mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada bidaan,” katanya dan menambah, “dengan anggaran 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, hasil berjumlah RM2.8 bilion akan dapat diterima kerajaan.”

“Pendapatan tambahan daripada hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM 2 bilion hingga RM 3 bilion setahun bagi mengimbangi penurunan kutipan duti eksais,” katanya lagi.

Rafizi juga turut menjelaskan, walaupun AP ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapat hasil terbaik kepada negara, penghapusan duti eksais secara berperingkat juga bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.

Rafizi juga sebelum itu berkata, melalui pemansuhan duti eksais kereta, sejumlah RM8 bilion cukai yang sekarang ini dikenakan kepada rakyat akan dipulangkan kepada rakyat.

“RM 8 bilion itu lebih baik berada dalam poket rakyat ... ia dalam ekosistem kita.

“Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas mendadak hasil pemansuhan duti eksais secara berperingkat,” tambahnya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom The Malaysian Insider
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI The Malaysian Insider

    Oleh Mohd Farhan Darwis …

  • Malaysia Haze: Air Pollutant Index (API) Yahoo Newsroom
    Malaysia Haze: Air Pollutant Index (API)

    Malaysia's Air Pollutant Index (API), updated daily …

  • Goodbye to the national car, Proton The Malaysian Insider
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

  • Selamat jalan kereta nasional, Proton The Malaysian Insider

    Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. …