PR akan struktur semula AP tampung mansuh duti eksais

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata, demi menampung kehilangan dana kerajaan ekoran cadangan mereka untuk memansuhkan duti eksais kereta, Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk menstruktur semula kadar Permit Import (AP).

Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pemberian AP itu perlu distruktur semula kerana sistem yang ada sekarang hanya memberikan kelebihan kepada sesetengah kumpulan masyarakat dan bukannya kepada keseluruhan masyarakat Malaysia.

“Kami akan semak semula pemberian AP bagi menangani kekurangan pendapatan yang disebabkan pemansuhan duti eksais kereta.

“Kalau AP diurus dengan baik, saya percaya ada sumber kewangan yang boleh digantikan daripada kehilangan dana kerajaan akibat rombakan struktur cukai kereta itu,” katanya.

Rafizi sebelum ini mengumumkan, PR akan memansuhkan duti eksais kereta sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Mengulas berkenaan perkara itu, Rafizi turut menjelaskan, mekanisme berkenaan cadangan beliau itu telah pun dibincangkan parti.

“PKR telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan duti eksais diganti dengan sumber pendapatan baru.

“Perkara ini juga perlu diperhalusi dengan lebih dalam supaya rakyat boleh membuat keputusan kaedah percukaian kereta yang lebih adil kepada mereka,” tambahnya.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) sebelum ini menjangkakan PR akan mengenakan cukai baru untuk menampung perbelanjaan kerajaan sekiranya mereka memerintah ekoran pemansuhan duti eksais kereta ini.

Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, hasil kutipan cukai daripada duti eksais kereta hanyalah RM8 bilion setiap tahun dan antara kaedah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan perbelanjaan negara jelas beliau adalah jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berbelanja boros seperti yang dilakukannya sekarang ini.

“PKR yakin rombakan struktur cukai ke arah memastikan kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika keborosan perdana menteri dihentikan.”

Beliau menyatakan bahawa Najib telah membelanjakan sejumlah RM5.77 bilion sejak enam bulan pertama sebelum ini melalui pemberian luar perancangan yang meliputi Bantuan Rakyat 1 Malaysia, (BR1M), Skim Bantuan Kembali Ke Sekolah 1 Malaysia, termasuk yang terbaru pemberian bonus kepada kakitangan awam sempena sambutan Aidilfitri.

“Jumlah ini adalah gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan perdana menteri untuk membeli undi rakyat,” katanya.

Justeru, Rafizi berkata, melalui rombakan dalam AP dan pengurangan perbelanjaan perdana menteri dilaksanakan, ia berkemungkinan dapat mengatasi masalah kekurangan dana kerajaan akibat dariada pemansuhan duti eksais jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kelak.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga The Malaysian Insider
    BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga

    KUALA LUMPUR, May 23 — Putrajaya will only face more wrath from right-thinking Malaysians if it continues its nationwide crackdown on opposition supporters, Datuk Ambiga Sreenavasan said today.

  • Pathmanabhan, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain Bernama

    SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapatibekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuhjutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahunlepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawapihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan danR.

  • Crackdown begins! The Malaysian Insider
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • ‘Haram’ to topple government through violence, repeats Fatwa Council The Malaysian Insider

    NILAI, May 22 – The National Fatwa Council reiterated a “fatwa” declaring demonstrations and rallies to topple government through violence as “haram” (forbidden) yesterday, becoming the latest Islamic body to comment on the issue.