Prestasi bak Ferrari – Linksys X3000

Linksys X3000

Dimensi: tidak dinyatakan
Teknologi Wireless: Wireless-N
Port: 4 x Gigabit LAN, 1 x Ethernet WAN, 1 x DSL, 1 x USB StorageLink
Antena: 2 x Internal

Nilai: 6/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Bagaikan Ferrari untuk router pengguna

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Lajuuu dowh!

Skor: 8/10

Tidak dinafikan semua orang sukakan peralatan baru termasuklah Cisco Linksys X3000. Tak salah kalau anda mahukan router anda nampak cantik. Adakah rupa bagi router penting?  Tak juga tapi kalau rupa memberitahu bagaimana prestasinya berjalan, maka Cisco Linksys X3000 memang tak boleh dilawan. Ia mempunyai rekaan dua ton warna yang ranggi ditambah pula dengan bahagian tepi yang lengkok dan juga  ia sendiri amat nipis. Tapi memilih router sama macam memilih isteri. Tak guna rupa lawa kalau dalaman tak bagus namun begitu Cisco Linksys X3000 memang menepati ciri isteri yang diidamkan lelaki.

Perkakasan

Seperti rupanya Cisco Linksys X3000 mempunyai perkakasan yang boleh dibanggakan. 4x sambungan 10/100/1000Mbps LAN, 1x sambungan RJ45 WAN, dan juga sambungan DSL (ia ada modem binaan dalam) jadi tak perlu lagi anda guna DSL modem anda yang lama itu dan tak perlu banyak plug. Ia juga ditambah dengan 802.11N 300Mbps wireless. Peliknya tiada informasi bagi CPU dan RAM yang digunakan oleh X3000. Walaupun tak nampak macam penting tapi selalu orang mahu tahu sebelum membelinya

Kiraan

Dengan komputer riba diletakkan di sebelah X3000, kelajuan yang kami peroleh adalah 71Mbps. Kalau ada dinding yang menghalang, kelajuannya turun kepada 43Mbps. Amat mengagumkan namun adakah kesemuanya padan dengan harga RM500?

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.