Malaysia Elections 2013

Produser filem ‘Tanda Putera’ dakwa Kit Siang ‘mudah terasa’ terhadap gambar 13 Mei

Oleh Hafidz Baharom

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Produser filem “Tanda Putera” mempertahankan tindakan mereka mengeluarkan gambar di laman Facebook promosi filem tersebut yang memaparkan Lim Kit Siang dengan kapsyen menuduhnya kencing di tiang bendera di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris, yang didakwa blog Umno menjadi pencetus kepada rusuhan 13 Mei, 1969.

Pengarah “Tanda Putera”, Datin Paduka Shuhaimi Baba telah mengadakan sidang media Rabu lalu dan menafikan laporan penceritaan semula babak rusuhan tersebut di dalam filemnya menghina bendera Malaysia.

“Tanda Putera” masih lagi belum ditayangkan, namun trailer filem berkenaan dengan durasi 90 saat yang dimuat naik ke Internet telah menerima respon dan maklum balas kontroversi kerana ia menunjukkan seolah-olah komuniti masyarakat Cina harus dipersalahkan atas insiden 13 Mei itu.

Produser Pesona Pictures Sdn Bhd juga menuduh Lim bersifat “mudah terasa” terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikan daripada pemimpin Parlimen DAP berkenaan dan rakan politiknya.

Lim telah berulangkali menjelaskan dia hanya politikus muda pada 1969 dan tidak berada di ibu negara ketika rusuhan tersebut berlaku.

Namun blog penyokong Umno mendakwa Lim telah menjadi punca kepada berlakunya insiden rusuhan tersebut.

Awal tahun ini, laman sosial “Tanda Putera” telah memaparkan gambar Lim “dikasari” dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.

Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.

Lim semalam berkata beliau berhak mengambil tindakan perundangan kerana hasutan sedemikian merujuk wataknya dalam laman Facebook “Tanda Putera”.

“Kenapa beliau mudah terasa?”

“Semua gambar itu boleh didapati dengan mudah di Internet,” kata Aida Fitri Buyong.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider gambar dan kapsyen yang dimuat naik di laman Facebook “Tanda Putera” adalah daripada perkongsian netizens dan boleh didapati dengan meluassebelum pun di muat naik ke laman Facebook mereka.

“Kami menggunakan gambar-gambar ini untuk kajian berkenaan pakaian, pemandangan, kereta, dan hanya mahu melihatkan filem ini menjadi lebih asli,” katanya.

Tambahnya lagi, Lim juga bebas mengemukakan kenyataan dan produksi akan tetap dengan pendirian mereka.

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

Loading...
  • What Happens Now to the Opposition and Change? Bull Bashing

    By Kee Thuan Chye Now that the 13th general election (GE13) is over and Najib Razak has been sworn in as prime minister and his Cabinet has been formed, what happens to the Opposition Pakatan Rakyat and the massive numbers … Continue reading →

  • Umat Islam diberitahu ‘haram’ untuk membantah tanpa mengikut saluran yang sah The Malaysian Insider
    Umat Islam diberitahu ‘haram’ untuk membantah tanpa mengikut saluran yang sah

    Oleh Amin IskandarPenolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR, 17 Mei — Umat Islam di Malaysia diberitahu haram bagi mereka untuk menderhaka dan memerangi pemerintah seperti membantah tanpa mengikut saluran yang sah kata khutbah Jumaat hari ini.

  • New home minister tells unhappy Malaysians to emigrate The Edge

    PETALING JAYA (MAY 16): Newly-appointed Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Malaysians who are unhappy with the country’s political system should leave the country, stressing that loyal citizens should respect the rule of law.

  • Pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat oleh JAIS Bernama

    SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Seorang pelakon lelaki terkenal tempatanditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan AgamaIslam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awalhari ini.Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahunlepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumatdaripada orang awam.Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini,mengesahkan bahawa pelakon itu,

  • Anwar criticises new Cabinet line-up at rally ANN

    Johor Baru (The Star/ANN) - Malaysia's Opposition Leader Anwar Ibrahim has criticised the new Cabinet line-up, questioning the decision to pick Hindraf chairman P. Waythamoorthy as deputy minister in the Prime Minister's Department.