PROF KOREA MAHU POPULARKAN TULISAN JAWI

  • Dr Mahathir regrets internet freedom
    Dr Mahathir regrets internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in Election 2013. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

  • How Umno exploits fears of Pakatan among Malays
    How Umno exploits fears of Pakatan among Malays

    INTERVIEW Umno has successfully exploited the fears many Malays that a stronger Pakatan Rakyat would mean a dominant DAP, said PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. …

  • Goodbye to the national car, Proton
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

  • Election Commission chairperson admits failure of indelible ink
    Election Commission chairperson admits failure of indelible ink

    By Trinna Leong The Election Commission admits failure of indelible ink during the 13th general election. Its chairperson, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (pic) expressed his disappointment with reports that the ink could be washed off easily."If people ask me now, what is the saddest thing in my life, I would answer: ‘Indelible ink'," said Abdul Aziz during an interview with Malay daily, Sinar Harian.The ink was part of the electoral reforms made last year to improve transparency within the …

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- "Saya akan pertahankan warisan bahasa

Melayu dan tulisan jawi yang amat saya cintai ini hingga ke hembusan nafas saya

yang terakhir," demikian tekad Prof Dr Kang Kyoung Seok, seorang profesor

berbangsa Korea.

Itulah antara kata-kata terakhir beliau setelah menamatkan tugas sebagai

Profesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, pada

3 Jan lepas dan akan pulang ke negaranya malam ini bagi meneruskan tugas sebagai

Ketua Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan.

"Saya mahu pulang ke Korea Selatan kerana di sana sekarang bahasa dan

budaya Malaysia semakin kurang dikenali berbanding tahun 80an dan 90an dulu,

terutama di kalangan pelajar kami yang sedang belajar dan mengkaji budaya dan

bahasa Melayu.

"Pelajar mahu belajar dan kaji ini semua, tetapi kebanyakan mereka menyangka

bahasa dan budaya Indonesia itu sama dengan Melayu, jadi mereka hanya belajar

bahasa Indonesia. Ini perlu diperbetul, pelajar mesti belajar bahasa Melayu dan

tulisan jawi jika mahu mendalami Malaysia," katanya.

Kang berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama setelah

menerima Anugerah Pakar Penyelidik Tulisan Jawi daripada Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) disampaikan Ketua Pengarahnya Dr Awang Sariyan di sini, hari ini.

-- LAGI

JAWI-KOREA 2 KUALA LUMPUR

Pada Januari tahun lepas, Kang yang bertugas di UPSI sejak 2010, melahirkan

kebimbangan bahawa tulisan jawi semakin dilupakan terutama dalam kalangan

generasi muda di Malaysia.

Mengulas perkara itu, beliau berkata tindakan masyarakat Melayu yang

meletakkan tulisan jawi eksklusif kepada perkara berunsur Islam perlu dihindari

bagi memastikan tulisan itu sesuatu yang lebih universal.

"Tulisan ini perlu digunakan untuk berbagai perkara, antaranya sebagai satu

daripada teks utama universiti yang membolehkan generasi baharu Malaysia

mempelajarinya lebih mendalam," katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan bagi mempopularkan kembali tulisan jawi di

kalangan generasi muda Malaysia, Kang berkata inisiatif luar biasa seperti

dilakukan penyanyi Korea Selatan, PSY yang mempopularkan budaya Korea melalui

lagu ''Gangnam Style'' boleh dilakukan.

"Gangnam Style ini memang sesuatu yang luar biasa kerana mengambil kuda,

iaitu sesuatu yang dilihat biasa di Korea dan jadikan sesuatu di luar kebiasaan.

Di Malaysia juga ada kuda, saya percaya kita boleh lakukan sesuatu yang serupa,"

katanya.

-- LAGI

JAWI-KOREA 3 KUALA LUMPUR

Bercerita tentang kajian terbaharunya, Kang berkata beliau sedang

mengusahakan teori ''Jawiology'', sebuah teori yang mampu memperkenalkan tulisan

jawi itu kepada masyarakat dunia.

"Melalui teori ini saya mahu menerangkan tentang perkembangan tulisan jawi

daripada sebuah tulisan dalam Al-Quran disesuaikan menjadi tulisan yang

melambangkan Melayu itu sendiri. Teori saya juga memastikan tulisan jawi mudah

difahami dan dipelajari masyarakat bukan Melayu seluruh dunia," katanya.

Bercakap mengenai kajian tulisan jawi yang amat dekat dihatinya, Kang

memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang dilakukannya sejak

pertengahan tahun 80an.

"Saya masih mengkaji tulisan pada batu bersurat itu. Sukar memastikan apa

yang dimaksudkan kerana tulisan itu ada sedikit kerosakan seperti hilang titik

yang membezakan huruf seperti ''ba'' dan ''nun''.

"Setakat ini tiada tafsiran yang benar-benar tepat, hanya agak-agak sahaja.

Saya sendiri mahu lakukan kajian lebih dalam lagi," katanya.

-- LAGI

JAWI-KOREA 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Mengakhiri temu bual, Kang melahirkan azamnya untuk menjadi jambatan

penghubung di antara masyarakat Korea dengan Malaysia terutama bagi generasi

muda melalui perkongsian bahasa dan budaya.

"Saya mahu kita menjadi rakan karib. Orang muda Malaysia amat minat dengan

budaya K-Pop Korea jadi saya juga mahu orang muda Korea minat bahasa dan budaya

Malaysia," katanya.

Sementara itu, Awang berkata DBP akan meneruskan kerjasama dengan Kang bagi

mengkaji lebih 200 manuskrip Melayu lama yang kini berada dalam simpanan dewan

itu.

"Walaupun Kang kini jauh, kita akan tetap bekerjasama dengan beliau. Melalui

beliau juga kita akan bertindak sebagai penghubung melakukan pelbagai program

bersama dengan Busan University of Foreign Studies bagi memperkenal bahasa dan

budaya Malaysia di Korea Selatan," katanya.

-- BERNAMA

FBR KHY HBS1 NH

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Goodbye to the national car, Proton The Malaysian Insider
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

  • Selamat jalan kereta nasional, Proton The Malaysian Insider

    Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. …

  • Dr Mahathir regrets internet freedom The Malaysian Insider
    Dr Mahathir regrets internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in Election 2013. …

  • Election Commission chairperson admits failure of indelible ink The Malaysian Insider
    Election Commission chairperson admits failure of indelible ink

    By Trinna Leong The Election Commission admits failure of indelible ink during the 13th general election. Its chairperson, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (pic) expressed his disappointment with reports that the ink could be washed off easily."If people ask me now, what is the saddest thing in my life, I would answer: ‘Indelible ink'," said Abdul Aziz during an interview with Malay daily, Sinar Harian.The ink was part of the electoral reforms made last year to improve transparency within the …