Advertisement

PRU13 menunjukkan ‘rasisma Cina’ DAP dalam usaha menguasai politik Malaysia, kata Dr M

PRU13 menunjukkan ‘rasisma Cina’ DAP dalam usaha menguasai politik Malaysia, kata Dr M

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hari ini keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan “rasisma Cina”, di mana beliau menuduh dimulakan oleh DAP untuk memastikan dominasi kaum tersebut dalam politik Malaysia.

Tuduhan bekas perdana menteri itu terhadap DAP mencerminkan elemen berhaluan kanan Umno, dikala beberapa ahli politik dari parti pemerintah itu dan lidah rasmi parti Utusan Malaysia meneruskan untuk menggambarkan keputusan pilihan raya 5 Mei sebagai pertembungan antara Cina dan Melayu.

“DAP memainkan sentimen kaum untuk menarik sokongan Cina dari BN dengan menggambarkan MCA sebagai budak suruhan Umno,” Dr Mahathir (gambar) menulis dalam blognya hari ini www.chedet.cc merujuk kepada Barisan Nasional.

“Jika hari ini perpecahan antara kaum semakin mendalam, ia adalah disebabkan DAP menolak kongsi Melayu/Cina/India… Polarisasi kaum telah menjadi lebih ketara akibat daripada itu. Ia akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan,” tambah beliau merujuk kepada konsep perkongsian kuasa BN dikalangan parti berasaskan kaum mereka.

Dr Mahathir juga mendakwa majoriti yang hadir di perhimpunan bantahan Pakatan Rakyat (PR) menentang penipuan pilihan raya majoritinya terdiri daripada anak-anak muda Cina.

“Jika lebih banyak bukti dimahukan tentang peranan rasisma Cina dalam PRU13, demonstrasi menuduh BN menipu dalam pilihan raya, walaupun dianjurkan oleh Anwar dan PKR, dihadiri majoritinya oleh Cina, terutamanya yang muda,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bantahan tersebut kelihatan seperti urusan Cina,” tambah beliau. “Walaupun DAP dan PKR terlibat dalam demonstrasi itu, ahli PAS kelihatan tidak hadir.”

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengatakan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan “kualiti calon atau parti, ideologi dan keinginan untuk berubah selalunya kedua selepas kaum.”

Penganalisis, bagaimanapun, telah menolak dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “tsunami Cina” berlaku dalam pilihan raya umum ke 13, mengatakan pengundi kelas menengah dan bandar telah menolak BN tanpa mengira kaum.

Mereka mengatakan BN berjaya mengekalkan kuasa persekutuan dengan sokongan daripada pengundi kawasan pedalaman. Disebalik serangan sengit, BN gagal menawan semula Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling maju dalam negara.

Dr Mahathir mengatakan semua calon Cina dari DAP bertanding di kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti Cina. DAP menjadi parti kedua terbesar dalam Parlimen dengan memenangi 38 kerusi Parlimen, berbanding PKR 30 dan PAS 21.

Beliau turut mendakwa PR bukanlah gabungan “sebenar” tetapi “pakatan pilihan raya” antara parti yang menentang BN.

“Jelas pakatan ini menguntungkan paling banyak chauvinis Cina dalam DAP, sementara PAS, parti yang mempunyai paling ramai Melayu dalam Pakatan mendapat paling sedikit,” tambah beliau.

Dr Mahathir terus menuduh “pelampau Cina” dalam DAP memulakan kebencian kaum terhadap Melayu melalui slogan “Malaysian Malaysia” dengan menggambarkan bukan Melayu menderita kerana diskriminasi dan dianggap sebagai rakyat kelas kedua.

“Setiap kali polisi kerajaan seperti DEB dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau NGO akan dilabel rasis,” katanya merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

PR mendakwa polisi berasaskan kaum ini hanya mengayakan segelintir elit Melayu kroni berbanding majoriti yang miskin.