Rafizi cabar BN tidak bermuka-muka dalam isu penurunan harga kereta

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Keputusan kerajaan dalam cadangan menurunkan harga kereta disokong, namun BN tidak harus bermuka-muka dalam perkara ini, jelas pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

Beliau memetik akhbar The Star hari ini bahawa kerajaan mencadangkan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Sambil mengalu-alukan cadangan tersebut, pengarah strategi PKR itu berkata ini membuktikan bahawa cadangan partinya untuk mengurangkan harga kereta mampu dilakukan.

“Ia juga membuktikan bahawa kajian PKR mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

“Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan PKR tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara.

“Saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta,” katanya dalam kenyataan media yang dihantar ke The Malaysian Insider semalam.

Menurut Rafizi, sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan PKR untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak.

Rafizi juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan PKR tentang penurunan harga kereta.

“Saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

“Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar,” katanya lagi.

Beliau menerangkan dengan harga yang murah, beban isi rumah dapat diringankan, liberalisasi harga pasaran kereta menyebabkan kerajaan perlu meningkatkan kapasiti dan menaiktaraf pengangkutan awam, harga murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta diperkenalkan, kereta yang berkualiti tinggi dan berteknologi hijau dapat diperkenalkan yang dapat mengurangkan pergantungan bahan api fosil negara dapat dilakukan.

“Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, PKR akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam PR untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan BN yang seterusnya kerana saya yakin BN tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta,” katanya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.