Rafizi gesa BNM sahkan status kesahihan pengisytiharan dana RM40j Umno Sabah

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be able to …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Ketua strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menggesahkan sama ada sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dilakukan mengikut saluran sah atau tidak seperti yang ditetapkan dibawah peruntukkan Akta Kawalan Tukaran Wang 1953 dan Notis Kawalan Tukaran Wang, ECM 4.

Rafizi semasa bercakap kepada wartawan di ibu kota pagi ini selepas menyerahkan kertas laporan kepada BNM mendakwa jika penyaluran wang tersebut tidak pernah diisytihar ia bermakna Umno telah melanggar akta tersebut memandangkan ECM 4 menetapkan setiap pemindahan wang melebihi RM200,001 perlulah dilaporkan melalui borang khas kepada BNM.

“Kita mahu BNM dedahkan sama ada wang ini pernah diisytihar atau tidak. Jika tidak ia sama sekali telah melanggar ECM 4 dan ia perlulah disiasat dengan sewajarnya,” kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa BNM mempunyai asas untuk memulakan siasatan mengikut Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 memandangkan terdapat keraguan ke atas sumber wang tersebut.

Malahan Rafizi juga mendakwa tiada mana-mana pemimpin Umno di Sabah mengetahui mengenai sumbangan wang tersebut serta terdapat tuduhan mengatakan ia telah dipindahkan ke akaun peribadi seseorang di Sabah (pemimpin Umno-x) sekaligus mencetus keraguan ke atas transaksi tersebut.

“Tiada pemimpin Umno mengetahui mengenai dana RM40j ini, malahan terdapat dakwaan mengatakan wang tersebut telah dipindahkan ke atas akaun peribadi.

“Dibawah Seksyen 16 (3), BNM bertanggungjawab menyiasat individu-individu disebalik transaksi ini termasuklah si pemegang akaun (pemimpin-x), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan samaada kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan,” kata Rafizi lagi.

Disamping itu, Rafizi juga menegaskan walaupun pemimpin Umno mendakwa tiada bukti fizikal ke atas sumbangan daripada ahli perniagaan dana Michael Chia serta tidak pernah didakwa kerana menyeludup wang ia bukan alasan untuk menutup kes tersebut begitu sahaja.

“Walaupun tiada bukti fizikal atau dia (Michael Chia) tidak pernah didakwa, ia bukan alasan untuk menutup kes begitu sahaja.

“Malahan kenyataan baru-baru ini oleh bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing jelas membuktikan keraguan ke atas transaksi wang tersebut dan BNM mempunyai asas untuk menyiasat,” jelas Rafizi lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen memberitahu Dewan bahawa dana berjumlah RM40 juta itu dibawa oleh pengimport balak, Michael Chia di Hong Kong, telah disiasat akaunnya dan kemudian dibekukan oleh pihak berkuasa anti rasuah.

Ekoran jawapan tersebut, Bumburing dalam kenyataannya berkata dana itu telah disalurkan kepada akaun peribadi dari seorang pemimpin Umno, yang dapat diakses oleh ahli keluarga pemimpin tersebut.

Malahan, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga mempertahankan pemberian dana tersebut sambil menyifatkan perkara tersebut tidak menjadi kesalahan memandangkan Chia tidak pernah didakwa atau ditangkap kerana menyeludup wang sebelum ini.

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.