Malaysia Elections 2013

Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada SPRM, kata Najib

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak menjawab kritikan terhadap kerajaan berikutan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan skandal Pusat Fidlot Negara (NFC), dengan mengatakan Rafizi seharusnya membuat aduan terhadap skandal tersebut kepada badan yang berkenaan dan bukannya kepada umum.

PM menyatakan, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kontroversi seperti Rafizi harus menyerahkan maklumat tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mereka terdedah kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR didakwa melanggar akta tersebut kerana mendedahkan dokumen bank NFCorp, firma yang menguruskan operasi NFC, yang didanai oleh kerajaan untuk menguruskan skim penternakan lembu.

"Sebab mengapa wujudnya BAFIA adalah untuk mempertahankan kredibiliti sistem kewangan kita dan semua orang yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasakan dilindungi dengan baik.

"Jika tidak, orang tak mahu menyimpan wang dalam sistem kewangan kita dan orang luar negeri tidak akan menyimpan dan ini bertentangan dengan kepentingan awam," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Apabila ditanya tentang apakah pendakwaan terhadap Rafizi akan merosakkan persepsi umum —keikhlasan kerajaan untuk memerangi rasuah, Najib berkata, "Itu bukan persoalannya."

Najib berkata, kerajaan mahu memastikan kredibiliti sistem kewangan negara tidak akan dikompromi demi kepentingan umum.

"Tetapi ini tidak bermakna kita akan membiarkan rasuah atau pengubahan wang haram .... kerana anda sentiasa boleh mendedahkan maklumat seperti itu kepada pihak berkenaan," tegas Najib.

MORE ELECTION STORIES

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

PARLIAMENT SEATS: FINAL TALLY

                                                   
PARLIAMENT
BNPROthers
   
133890
   
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds
  • What Happens Now to the Opposition and Change? Bull Bashing

    By Kee Thuan Chye Now that the 13th general election (GE13) is over and Najib Razak has been sworn in as prime minister and his Cabinet has been formed, what happens to the Opposition Pakatan Rakyat and the massive numbers … Continue reading →

  • Umat Islam diberitahu ‘haram’ untuk membantah tanpa mengikut saluran yang sah The Malaysian Insider
    Umat Islam diberitahu ‘haram’ untuk membantah tanpa mengikut saluran yang sah

    Oleh Amin IskandarPenolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR, 17 Mei — Umat Islam di Malaysia diberitahu haram bagi mereka untuk menderhaka dan memerangi pemerintah seperti membantah tanpa mengikut saluran yang sah kata khutbah Jumaat hari ini.

  • Anwar criticises new Cabinet line-up at rally ANN

    Johor Baru (The Star/ANN) - Malaysia's Opposition Leader Anwar Ibrahim has criticised the new Cabinet line-up, questioning the decision to pick Hindraf chairman P. Waythamoorthy as deputy minister in the Prime Minister's Department.

  • Guan Eng: Zahid's call to emigrate makes no sense Malaysiakini

    Penang Chief Minister Lim Guan Eng has lashed out at the new home minister for going overboard by asking those who are not happy with the general election result to migrate to another country.

  • New home minister tells unhappy Malaysians to emigrate The Edge

    PETALING JAYA (MAY 16): Newly-appointed Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Malaysians who are unhappy with the country’s political system should leave the country, stressing that loyal citizens should respect the rule of law.