KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah
Haminah malam ini berkenan berangkat menghadiri majlis jamuan Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) sempena sambutan Hari Wanita Ke-50.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abd Karim, Timbalan Menteri Sumber
Manusia Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Noriah Kasnon, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Yang Dipertua NCWO Prof Tan
Sri Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin.
Pada majlis itu Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menyampaikan jambangan
bunga kepada bekas Setiausaha Kehormat NCWO Datuk Rasammah Bhupalan, bekas
Bendahari Kehormat NCWO Prof Emeritus Puan Sri Dr Fatimah Hamid Don, dua bekas
ahli jawatankuasa NCWO Toh Puan Uma Sambanthan dan Puan Sri Sukumari Sekhar
serta penyokong setia penganjur perhimpunan dan rally NCWO Puan Sri Atthi
Nahappan.
Sambutan ke-50 tahun ini bertemakan ''Tenaga Wanita Pengerak Agenda
Transformasi Negara''.
Malaysia mula menyambut Hari Wanita pada 25 Ogos 1962.
-- BERNAMA
SS3 RV HM

