Rakan beri pinjam jet kerana tiada penerbangan komersial, kata Anwar

  • PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC
    PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC

    KUALA LUMPUR, May 23 — Barisan Nasional (BN) was reminded today of recommendations approved last year by Parliament to improve the country’s current electoral system and for the coming redrawing of boundaries to ensure fair weightage is given to every vote.

  • Crackdown begins!
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told
    Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told

    KOTA KINABALU, May 23 ― Foreigners are responsible for 30 per cent of index crime in Sabah, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today amid a perceived spike in criminal offences.

  • Adam Adli claims trial to sedition charge
    Adam Adli claims trial to sedition charge

    Student activist Adam Adli Abdul Halim was charged with sedition in a Kuala Lumpur sessions court today by supposedly calling for the toppling of the elected government.

  • Kit Siang: Pakatan drawing up GE14 action plan for Sabah
    Kit Siang: Pakatan drawing up GE14 action plan for Sabah

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) is drawing up an action plan to kick off “follow-up campaigns” in Sabah after scoring record wins in Barisan Nasional’s (BN) east Malaysian fortress in the just-concluded May 5 polls, Lim Kit Siang said today.

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan isu beliau menggunakan jet eksekutif ketika menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu adalah atas ikhsan rakannya ekoran ketiadaan penerbangan komersial pada petang itu bagi laluan Labuan ke Kota Kinabalu.

Jelas Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi, seorang rakannya telah menghubungi beliau dan menawarkan jet persendirian miliknya bagi kegunaan Anwar (gambar) dan rombongannya untuk berlepas ke Malaysia Timur itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di sana.

“Petang itu tiada penerbangan komersial ... yang ada hanya bot laju, dan itu pun mengambil masa dua jam, namun keadaan pinggang saya yang tidak berapa baik.

“Jadi seorang rakan menghubungi saya dan menawarkan untuk meminjamkan jet peribadinya,” katanya kepada pemberita dan menambah kos penerbangan itu turut dibiayai rakannya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga menjelaskan, rakannya itu juga tidak mempunyai sebarang kepentingan di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) dan tidak timbul isu beliau menyalahgunakan wang dan sebagainya.

“Saya sudah semak latar belakang rakan saya itu, dan dia tiada kepentingan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

“Isunya sekarang saya telus, tiada penyelewengan, sebab itu saya benarkan mereka masukkan ke Twitter, Facebook ... saya tak nak ia dirahsiakan, sengaja kita sebarkan,” kata Anwar lagi.

Jelasnya lagi, rekod penerbangan jet tersebut juga boleh disemak dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Silakan semak, DCA ada rekod ... kalau ada ruang saya pun ingin pinjam lagi,” katanya.

Anwar menegaskan, isu itu sengaja dibangkitkan demi menakut-nakutkan golongan korporat untuk menyalurkan bantuan kepada PR memandangkan pilihan raya semakin hampir.

“Saya melihat ia cubaan untuk menakutkan ahli korporat supaya tidak membantu PR.

“Kita juga mememerlukan helikopter dan jet dalam keadaan yang mendesak ini, untuk pilihan raya,” katanya lagi.

Anwar sebelum ini dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR, Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.