Rakyat lebih menderita tanggung GST berbanding SST, kata ahli Parlimen DAP

Form 3 students made ‘guinea pigs’ in confusing new assessment, says DAP lawmaker

Kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memberi pemahaman yang salah kepada rakyat dengan menegaskan harga barangan dan cukai yang dibayar akan berkurangan selepas pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi hakikatnya kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih rendah dikenakan kepada pengguna, kata Dr Ong Kian Ming (gambar).

Ahli Parlimen Serdang itu berkata, kerajaan sering membayangkan GST menggantikan dua cukai SST tetapi apa yang tidak dihebahkan kepada rakyat adalah pada masa ini banyak barangan telah pun dikecualikan cukai jualan.

“Menurut Cukai Jualan (Kadar Cukai No. 2) 2012, jumlah barangan yang dikecualikan cukai barangan mengandungi 250 muka surat tetapi pengecualian sama dalam GST hanya mengandungi 21 muka surat.

“Sesetengah barangan yang sebelum ini telah dicukaikan di bawah SST tetapi diwujudkan dalam GST termasuk barangan runcit seperti susu, kopi, teh, air mineral, makanan dalam tin, surat khabar, alat tulis, beg sekolah dan sebagainya.

“Bekalan elektrik melebihi 200 kW sejam (melebihi RM50) juga dikenakan GST. Kenaikan tarif ini dikenakan GST kerana selepas pemansuhan SST tidak memberi kesan kepada harga tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, cukai jualan terhad kepada beberapa restoran, perkhidmatan profesional seperi akauntan, arkitek, perkhidmatan kenderaan bermotor, pusat baik bulih, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan keselamatan, ejen hartanah, pengendali parkir dan sebagainya namun di bawah GST perkhidmatan tersebut termasuk pusat tuisyen dan salun rambut akan dikenakan GST.

Katanya, perluasan di bawah GST bermaksud lebih banyak perkhidmatan akan dikenakan cukai berbanding SST sedia ada.

“BN mengecualikan GST kepada produk hiliran seperti hartanah perumahan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan tetapi barangan yang digunakan untuk mewujudkan produk atau perkhidmatan tersebut telah pun dikenakan GST.

“Sebagai contoh, pemilik hartanah tidak dikenakan GST tetapi barangan pembinaan telah pun dikenakan GST. Ini bermakna barangan dan perkhidmatan yang dikatakan terkecuali daripada GST akan terkena tempias cukai tersebut.

“Dakwaan mengatakan rakyat membayar cukai lebih rendah di bawah GST adalah pembohongan secara terang. Jika dakwaan mereka benar, mengapa memperkenalkan GST sebagai sumber pendapatan?” tanya beliau.

Beliau berkata GST akan meningkatkan kebanyakan harga barangan dan perkhidmatan malah rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga tersebut. - 27 Oktober, 2013.‎