Rakyat Malaysia ditahan di Lubnan perlukan pembelaan kerajaan, kata MP

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

Oleh Amin Iskandar dan Md Izwan

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Susulan penangkapan dua rakyat Malaysia di Lubnan, ahli parlimen (MP) yang ditemui semalam menggesa kerajaan Malaysia memberi pembelaan kepada mereka dengan menghantar satu pasukan peguam.

MP Wangsa Maju Wee Choo Keong, yang ditemui The Malaysian Insider, berkata kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memberi  pembelaan kepada semua rakyat Malaysia kerana selagi belum dibuktikan bersalah, mereka perlu diberikan keadilan.

“Walaupun mereka ditangkap, tidak bermakna mereka bersalah.

“Kementerian Luar perlu bertanggungjawab untuk menyediakan peguam kepada rakyat Malaysia tersebut bagi mendapatkan pengadilan di Lubnan tetapi pada masa sama kita perlu menghormati undang-undang di sesebuah negara tersebut,” kata Wee.

Menurut Wee lagi beliau tidak menolak berita penangkapan tersebut mungkin memberi impak negatif kepada imej negara tetapi menyifatkan ia tidak adil untuk membuat penilaian umum.

“Hanya dua orang yang ditangkap. Jadi, tidak adil untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang melahirkan pengganas.”

Chua Tian Chang (Tian Chua)  juga senada dengan Wee yang bertindak menggesa kerajaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada dua warga Malaysia tersebut.

“Sehingga tidak dibuktikan bersalah mereka masih tidak bersalah dan pengadilan perlu diberikan.

“Kes ini perlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan perlu kedua-dua mereka yang ditahan ini mendapat hak untuk pembelaan.

“Ia bagi memastikan rakyat Malaysia tersebut tidak dianiaya dan tidak boleh membiarkan kes tersebut berlalu begitu sahaja. Campur tangan kerajaan perlu dalam kes ini,” kata naib presiden PKR itu.

MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai status dua orang rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan itu dan dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda.

“Wisma Putra perlu jawab tentang isu ini agar semua rakyat Malaysia boleh tahu.

“Lebih baik lagi, jika Wisma Putra dapat memberikan laporan tersebut semasa sidang parlimen sedang berjalan sekarang agar perkara ini dapat dibincangkan bersama,” kata naib presiden PAS ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sabtu lalu, pihak berkuasa Lubnan menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai akan menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan  Al-Qaeda.

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Menurut akhbar Lubnan, Al-Joumhouria memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.

Al-Joumbouria melaporkan dua bulan lalu kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.

Rancangan serangan itu diselaraskan oleh seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab atas kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan bahawa apabila dua warga Malaysia itu gagal memasuki Syria, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Lubnan bagi melakukan serangan pengganas tetapi aktiviti mereka berjaya dihidu oleh pasukan perisikan tentera.

Selepas dikesan, warga Malaysia itu ditahan dan siasatan menunjukkan mereka bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan di negara itu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

“Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan al-Qaeda),” katanya kepada pemberita hujung minggu lalu.

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.