Resepi Macarona Bechamel ala Arab ini pasti menjadi kegemaran keluarga

Hidangan ini mirip lasagne ala Arab, tetapi lebih mudah untuk dibuat. Sajian ini popular dikalangan ibu-ibu di Mesir. Rasanya yang tidak terlalu berlemak malah amat sesuai untuk dijadikan sajian berbuka puasa kerana ianya tidak pedas dan ringan.

Inti sos bechamel yang berkrim dan ramuan daging kisar menambahkan lagi kelazatan kepada sajian ini. Malah, macarona ini boleh dipanaskan semula untuk sahur! Selamat Berbuka!

Ramuan:
2 ½ cawan pasta (kami suka penne untuk resipi ini)
2 sudu besar minyak
1 bawang besar, dipotong dadu
300g daging cincang
5 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung
4 cawan susu
1 cawan keju mozzarella
Garam, lada hitam dan serbuk jintan putih secukup rasa

Caranya:
1.    Masak pasta dalam periuk, biarkan mendidih sehingga masak.
2.    Panaskan minyak dan gorengkan daging bersama bawang, garam, lada hitam dan serbuk
jintan putih.
3.    Pukul mentega dengan tepung diatas api kecil sehingga sebati dan berwarna kuning keemasan. Lemak baunya. Ini adalah ‘roux’- ramuan asas untuk pelbagai sos putih.
4.    Setelah ‘roux’ anda sebati, masukkan susu dan pukul dengan whisk, tambahkan sedikit garam dan lada hitam.
5.    Anda akan dapat sos béchamel yang pekat dan berwarna krim.
6.    Masukkan pasta di dalam mangkuk oven. Lapiskan dengan daging, béchamel dan ulang sehingga penuh. Taburkan keju mozzarella di atas.
7.    Bakar di dalam oven pada suhu 180 celsius selama 20 minit sehingga keju garing. Sudah sedia untuk dihidang.

FriedChillies Food Network adalah channel masakan (Food Channel) pertama Malaysia di UNIFI- HyppTV saluran 838. Resipi ini adalah sebahagian daripada rancangan masakan 'Habibi In The Kitchen' oleh Khalil Rashwan. Layarilah www.friedchillies.tv