ALOR GAJAH, 19 Okt (Bernama) -- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ketiga
negara yang terletak di di Kuala Linggi di sini bakal beroperasi pada 1 Nov
depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata RTC bernilai RM4.6
juta itu dibangunkan di pejabat pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
melibatkan kawasan seluas 10 hektar.
Beliau berkata pengubahsuaian premis tersebut mengambil masa enam minggu dan
bakal menempatkan lapan jabatan kerajaan serta agensi swasta termasuk Syarikat
Air Melaka Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis
Perbandaran Alor Gajah dan LKIM.
"RTC ini diwujudkan bertujuan membangunkan penduduk luar bandar khususnya di
kawasan nelayan Kuala Linggi supaya mereka lebih berdaya maju dan mampu
meningkatkan taraf ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan
lawatan ke RTC itu hari ini.
Katanya RTC itu akan menjadi pusat latihan yang menyediakan pelbagai kursus
kepada nelayan seperti penyelenggaraan enjin bot dan memproses makanan laut
selain menjadi pusat pembekalan benih pokok dan buah kepada petani.
-- LAGI
ALI-RTC 2 (AKHIR) ALOR GAJAH
Mohd Ali berkata RTC tersebut juga bakal beroperasi sebagai tempat
pengumpulan serta jualan ikan segar dari perairan Melaka atau diimport dari
Indonesia.
Beliau berkata melalui pelbagai aktiviti ekonomi serta kursus dan latihan
yang ditawarkan, golongan tersebut mampu meraih pendapatan antara RM3,000 hingga
RM4,500 sebulan.
Katanya RTC ketiga selepas Gopeng, Perak dan Bandar Baharu Tunjung Kota
Baharu, Kelantan itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 10 Nov depan.
-- BERNAMA
RSH KIA HM


