BN guna sambutan Hari Kebangsaan untuk pulih imej, kata penganalisis

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat percubaan untuk mempersonakan pengundi bandar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menggunakan pelancaran Hari Kebangsaan di tiga tempat bersejarah bagi tiga kaum terbesar, di tengah kota kata beberapa orang penganalisis politik.

Pada pukul 8 malam nanti pada hari ini, perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan melancarkan bulan “Kibarkan Jalur Gemilang” di Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

“Mereka (BN) perlu lakukannya.

“Mereka tidak boleh meninggalkan pengundi bandar,” kata penganalisis politik, Karim Raslan kepada The Malaysian Insider.

BN hanya memenangi dua kerusi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga ibunegara Malaysia selepas PRU 2008 yang bersejarah apabila mereka kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen dan kehilangan lima negeri (Perak diambil semula setahun kemudian).

Penganalisis lain berkata, sambutan hari kebangsaan memang telah selalu digunakan oleh BN untuk menonjolkan imej mereka dengan bendera Jalur Gemilang – dan akan tersebar ke seluruh negara dan menunjukkan sikap patriotik rakyat.

“Pada pendapat saya, tema hari kebangsaan, ucapan dan retoriknya telah selalu mengikut acuan parti pemerintah,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.

Katanya lagi, Najib kini dalam “misi peribadinya untuk menonjolkan dirinya dan agenda transformasinya kepada rakyat Malaysia,” dengan menambah apa yang dilakukan oleh PM “bukan sahaja dalam konteks polisi kerajaan, tetapi bagaimana BN bekerja untuk menunaikan janji mereka.”

Sambutan hari kebangsaan tahun ini diberi tema “Janji Ditepati”, tema-tema lalu seringkali berkait dengan kempen 1Malaysia Najib seperti “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “1 Malaysia Menjana Transformasi”.

Sambutan hari kebangsaan seblum Najib mengambilalih kepimpinan Negara pada tahun 2009 seringkali bertumpu kepada mesej perpaduan seperti pada tahun 2008, “Perpaduan Teras Kejayaan”.

Menurut penganalisis politik, Ong Kian Ming, apabila memberikan komen tentang slogan baru “Janji Ditepati” berkata, “Slogan baru digunakan untuk PRU yang semakin hampir” kerana “slogan 1Malaysia telah digunakan dalam satu jangkamasa yang agak panjang.”

PM keenam itu sudah menjelajah seluruh Negara di bawah program Jelajah Janji Ditepati yang dianjurkan oleh TV3, stesen swasta utama Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) – dibawah penguasaan partinya, Umno.

Program jelajah bertujuan untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbirannya telah menunaikan janji mereka semenjak mengambil alih pentadbiran Negara pada April 2009. Najib memerlukan mandatnya sendiri oleh kerana beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi setahun selepas PRU 2008.

Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee dengan berterus terang mengatakan bahawa  pelancaran program “Kibarkan Jalur Gemilang”  adalah program pra pilihan raya bagi BN.

“Sambutan hari kebangsaan tidak seharusnya dieksploitasikan untuk tujuan politik.

“Cara BN memanipulasi hari kemerdekaan menunjukkan bahawa parti tersebut berada dalam keadaan sangat terdesak,” katanya sambil menambah kerajaan pusat kini “menggunakan apa sahaja peluang untuk menunjukkan kebaikkan BN dan untuk memenangi undi.”

Katanya lagi, parti pemerintah dilihat “menggunakan hari kebangsaam, festival nasional dan jentera kerajaan untuk membeli undi”, akan tetapi menjelaskan keadaan yang berlaku sebagai “sisi kelabu dalam etika berpolitik.”

Sambil menjelaskan ini adalah “acara yang dilakukan hanya sekali”, Lim berkata pengundi tidak mudah “digoda dengan kempen perhubungan awam ini” olh kerana terdapat kontradiksi diantara apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan sebenar.

Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street secara tradisinya mewakili kaum India, Melayu dan Cina di Lembah Klang tetapi akhir-akhir ini telah mula dikuasai oleh pendatang dari India, Indonesia, Myanmar dan Nepal.

Ibrahim juga mengatakan “pilihan Najib untuk melancarkan program di Brickfields kerana mahu masyarakat India merasakan kehadirannya” dan ini adalah isyarat sokongan masyarakat India terhadap BN dalam keadaan kritikal.

“Ini juga adalah langkah untuk menutup berita negatif yang memberi kesan terhadap masyarakat India akibat daripada serangan media terhadap Ambiga dan juga janji yang belum ditunaikan kepada mereka,” katanya merujuk kepada Datuk Ambiga Sreenevasan, pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Pelancaran hari Hari Kebangsaan akan menjadi satu aspek dan satu lagi adalah untuk memastikan kekuatan parti pemerintah itu,” kata Ibrahim lagi.

Lim bersetuju dengan Ibrahim dengan mengatakan “mereka (BN) tahu mereka tidak akan menang hanya dengan bergantung kepada undi Melayu.”

Ong pula mengatakan langkah ini adalah “simbolik untuk mendekati” tiga kaum terbesar dimana BN memerlukan undi mereka menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun hadapan.

 

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.