Anda ingin membeli telefon baru, tetapi tidak mahu telefon yang besar gedabak? Samsung kini telah memperkenalkan GALAXY SIII Mini baru ke pasaran Malaysia bagi mereka yang inginkan telefon tercanggih, tetapi tidak mahu berbelanja banyak.
Dengan skrin 4.0 inci, ianya memberikan anda sistem operasi Android terbaru – Jelly Bean (Android 4.1) di dalam tangan anda. Ianya juga mempunyai rekabentuk yang diambil daripada abangnya- GALAXY S3. Selain dari rekabentuk, ianya juga mempunyai ciri-ciri seperti Smart Stay, S Beam, S Voice dan juga dari Google, Google Now yang membolehkan anda mencari apa jua, dengan menggunakan suara anda.
Spesifikasi Samsung GALAXY SIII Mini adalah seperti berikut:
Skrin: 4.0 inci dengan teknologi AMOLED
Prosessor: 1GHz Dwi Teras
Sistem Operasi: Android Jelly bean (4.1)
Kamera: Belakang – 5 megapiksel, Depan – VGA
NFC: Ya
Memori: 1GB RAM
Storan: 8GB, boleh ditambah dengan microSD sehingga 32GB
Harga yang disyorkan bagi Samsung GALAXY SIII Mini ini adalah RM 1,199.
Syarikat telekomunikasi tempatan juga tidak ketinggalan untuk memberikan harga terbaik untuk telefon terbaru ini.
Celcom kini menawarkan telefon dengan harga serendah 588 dengan kontrak 18 bulan. Layari Celcom untuk informasi lebih lanjut.
Digi pula menawarkan telefon in pada harga RM499. Layari DiGi untuk keterangan yang lebih lanjut
Maxis menawarkan SIII Mini pada harga serendah RM599. Layari Maxis untuk keterangan lebih lanjut
By 
