Samsung Notebook Series 5 ULTRA 530U
Menggabungkan prestasi seakan Badang, dengan berat yang sangat ringan, Samsung Samsung Notebook Series 5 ULTRA adalah produk terbaru daripada Samsung yang menggunakan format Ultrabook dari Intel. Boleh didapati dengan skrin 13 dan 14 inci, Samsung Notebook Series 5 ULTRA hanya setebal 14.9 mm tetapi ianya mempunyai prosessor Intel Core generasi kedua, cip grafik Radeon HD dan boleh "boot up" dalam masa 20 saat sahaja. Untuk storan tempatan, Samsung Notebook Series 5 ULTRA 14 memberi anda sehingga 1 terabyte — banyak tu!
By 