Advertisement

Samsung Telah Menjual 10 Juta unit S4

Samsung telah mengumumkan bahawa mereka telah menjual sebanyak 10 juta unit Galaxy S4 sejak perkenalannya ke pasaran dunia di penghujung April yang lepas. Dianggarkan bahawa empat unit S4 dijual setiap saat di seluruh dunia.

Galaxy S4 mencatatkan rekod baru untuk Samsung dengan kadar jualan yang lebih laju berbanding dengan model terdahulu. Sebagai perbandingan, Galaxy S III mengambil masa 50 hari untuk mencapai jumlah jualan yang sama; Galaxy SII mengambil masa lima bulan dan Galaxy S mengambil masa tujuh bulan.

Samsung juga akan memperkenalkan lebih banyak warna di dalam masa terdekat ini, di samping dua warna (White Frost dan Black Mist) yang telah diperkenalkan. Di antara warna yang akan dijual termasuklah Blue Arctic dan Purple Mirage.