Saya tidak sepatutnya dituduh dalam kes PKFZ, kata Liong Sik

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berkata beliau tidak sepatutnya dituduh dalam kes Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang (PKFZ) — kes berprofil tinggi ini.

Dr Ling yang berada di kandang saksi hari ini untuk kali ketiga sejak Jumaat lepas, berkata demikian selepas peguambelanya Wong Kian Kheong membuat hujah penggulungan di mahkamah hari ini.

“Yang Arif, peguam saya setelah meneliti kes ini, mengatakan saya tidak sepatutnya dituduh dalam kes ini,” dia memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Kelihatan terkejut, Ahmadi kemudian memberitahu agar Dr Ling membenarkan peguamnya Wong untuk membela.

Tetapi Dr Ling tidak mempedulikan hakim, mohon agar tidak mencelah dirinya membela diri.

Ahmadi yang tersenyum kemudiannya berkata beliau masih ada banyak peluang untuk membela dirinya.

“Tapi kalau Yang Arif sendiri ada banyak soalan untuk saya,” katanya yang mengundang geli hati di mahkamah.

“Kamu boleh duduk sekarang” kata Ahmadi kepada Dr Ling.

Dr Ling didakwa pada Julai tahun lalu kerana menipu Kabinet sehingga membenarkan pembelian tanah di PKFZ sekaligus menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berhadapan dengan dua tuduhan menipu kabinet — memberitahu harga RM25 sekaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus telah diberitahu oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) walaupun mengetahui mesyuarat itu tidak pernah berlaku.

Pendakwaan itu juga termasuk dengan tambahan kadar faedah 7.5 peratus atas tanah yang dibeli PKFZ dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dengan kos pembelian antara RM1.08 billion hingga RM1.8 billion.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda, atau keduanya, di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Beliau juga boleh menerima hukuman yang lebih ringan iaitu penjara lima tahun atau denda atau keduanya sekali.

Bekas Presiden MCA itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan selama tujuh tahun, atau denda, atau keduanya sekali kerana didakwa bersalah menipu Kabinet dengan membenarkan pembelian tanah PKFZ seluas 999.5 ekar, yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Dia juga menghadapi dua tuduhan berasingan - menipu Kabinet dengan bersetuju membeli harga tanah pada RM25 sekaki persegi pada kadar faedah 7.5 peratus dan mengetahui jawapan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) walaupun tidak ada sebarang persetujuan.

Sebelum itu semasa pendakwaan dijalankan, bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak berani menipu Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri.

"Tidak, saya tidak berani.

"Saya tidak ada keberanian untuk menipu Perdana Menteri, seperti yang saya beritahu semalam," kata Dr Ling.

Dia menjawab soalan dari Wong tentang sama ada dia berniat untuk menipu Dr Mahathir apabila dia menandatangani dua surat, satu pada 3 April 2002, dan satu lagi pada 29 Jun tahun yang sama untuk mengesyorkan pembelian tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd - berdasarkan nilai pasaran bebas.

Dalam perakuannya, Dr Ling mengaku surat pada 29 Jun mengandungi "penipuan", walaupun dia telah menandatangani surat itu, akan tetapi tidak menyedari bahawa surat itu mengandungi maklumat salah.

Dr Ling mengulangi kenyataannya di mahkamah bahawa dia telah mengarahkan para pegawainya untuk mematuhi harga, berdasarkan harga yang ditetapkan JPPH.

Dia juga berkata dia tidak pernah memaksa Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kabinet lain untuk menentang penilaian JPPH, dan memberitahu hanya JPPH, pihak berkuasa kerajaan dalam bidang tersebut.

"Tentu sekali tidak," katanya apabila menjawab soalan Wong.

Dr Ling menambah bahawa dia tidak pernah menolak asas penilaian JPPH memandangkan dia tidak ada kelayakan atau latihan dalam perkara itu.

"Tidak [saya tidak faham], sebab ini pertama kali saya mendengar tentang harga istimewa kerana bagi kami, nilai itu nilai yang ditetapkan," katanya lagi.

Dia merujuk kepada rujukannya berkenaan harga RM25 sekaki persegi yang digunakan oleh beliau dan pegawai kementeriannya, Pihak Berkuasa Pelabuhan Kelang (PKA), dan Kementerian Kewangan sebagai harga istimewa yang telah dibenarkan oleh JPPH.

Dalam hujah pembukaannya Jumaat lalu, Wong berkata bahawa, walaupun harga "istimewa" asal itu yang ditetapkan oleh JPPH adalah RM21 sekaki persegi, akan tetapi pembetulan tentang harga RM25 sekaki persegi sebagai harga "istimewa" tidak pernah dilakukan oleh Kementerian Kewangan, PKA, Kementerian Pengangkutan atau Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sehinggalah Dr Ling didakwa.

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.