Scha Al - yahya & Awal Ashaari bantu kutipan derma Watsons

30 Jul – Pasangan selebriti yang padan secocok, Scha Al-Yahya dan juga suami, Awal Ashaari merupakan duta bagi kedai menjual barangan kesihatan Watson telah hadir di majlis pelancaran kempen "Selebriti Aidilfitri Bersama Watsons".

Bertempat di Rumah Kebajikan Al-Munirah, Klang pada Jumaat yang lepas, majlis pelancaran program kutipan derma untuk tabung rumah anak angkat pihak Watson telah berlangsung dimana penerima kutipan derma itu terdiri dari Rumah Kebajikan Al-Munirah sendiri beserta 2 lagi rumah kebajikan iaitu "Rumah Keluarga Kami" dan juga "Promise Home" dimana ketiga-tiga rumah kebajikan ini telah diambil anak angkat oleh pihak pengurusan Watson lebih setahun yang lalu.

 

Jika dahulu, selebriti Chef Wan merupakan duta bagi produk ini, kali ini pihak mereka menampilkan pasangan selebriti yang tidak kurang hebatnya terutama sekali interaksi mereka di laman sesawang seperti Facebook dan juga Twitter aktif. Ini antara salah satu faktor mereka berdua dipilih meghiasi kempen selebriti pada kali ini. Ketika Chef Wan, kutipan derma mencecah hampir RM20,000 dan kali ini sasaran kutipan derma adalah 2 kali ganda dari jumlah sebelumnya. Ianya diperakui sendiri oleh Pengurus Pemasaran Watsons Malaysia iaitu Encik Faiz Shah.

"Saya berbesar hati sangat kerana kesudian Schawal (Singkatan dari nama Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari) untuk menjadi duta kepada kami. Disebabkan jadual mereka pada raya tahun ini tidak padat, kami telah mengambil peluang ini untuk menjadikan mereka sebagai selebriti Watsons kali ini. Ini antara lain sebagai antara strategi menarik lebih ramai membeli barangan keperluan diri di Watsons sekaligus dapat menderma hanya 10 sen pada setiap pembelian "

 

Awal Ashaari yang ditanya mengenai adakah dengan pengambilan mereka berdua sebagai duta akan memberi kesan positif kepada kutipan derma kelak, dia yang sememangnya pengguna barangan yang dijual di Watsons meluahkan keyakinan beliau dalam kempen ini.

"Di dalam kempen ini, bukan sahaja kami hanya fokus dengan kutipan derma semata namun pendekatan yang pihak Watsons berikan kepada kami berdua dalam mendekati anak –anak istimewa dan anak-anak yang sudah ketiadaan emak dan bapa sejak kecil dengan lebih dekat. Kami akan dibawa ke setiap bilik bagi setiap rumah yang dilawati kelak."

"Ianya memang sesuatu yang berbeza. Saya dan Scha pula seperti sudah menjadi satu kewajipan untuk pergi ke Watsons setiap minggu untuk melihat produk yang bagus di sana. " Ujar Awal Ashaari ketika ditemubual.

Untuk setiap pembelian, jumlah duit sebanyak 10 sen akan ditolak untuk didermakan kepada ketiga-tiga rumah kebajikan tadi. Duit tersebut akan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan penduduk di Rumah Kebajikan. Selain memberikan mereka pelajaran yang secukupnya.

 

10 sen dari setiap produk yang dijual dari jenama Brands, Dettol, Garnier, L'Oreal Men Expert, Maybelline dan Olay akan disumbangkan kepada rumah anak angkat Watson.

Tambahan lagi, bagi pemilik kad VIP Watson yang berbelanja lebih dari RM5O termasuk jenama yang disebutkan tadi juga berpeluang menerima jemputan khas ke Rumah Terbukan Selebriti bersama Watsons yang akan diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang pada 8 Septemper ini.

Kempen derma 10 sen bersama selebriti telah bermula dari 24 Julai yang lalu sehingga 5 September kelak.

ARTIKEL LAIN

PETIKAN SINAR RAMADAN

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)."