SEBAHAGIAN LORONG LEBUHRAYA BUKIT JALIL/PUCHONG DITUTUP SEMENTARA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

menutup sebahagian lorong Lebuhraya Bukit Jalil/Puchong secara berperingkat

mulai 9 Ogos hingga 29 Okt ini.

DBKL dalam kenyataan hari ini, berkata penutupan sementara itu bagi

membolehkan kerja pengisaran dan penurapan semula permukaan lebuh raya tersebut

yang bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

"Pengguna diminta berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa

kerja penyenggaraan dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali," kata kenyataan

itu.

--BERNAMA

PKAR KHY NM

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.