Selalu Sesat, Perlu Pertolongan?

Garmin Nuvi 50LM

Dimensi: 140 x 86 x 18 mm
Teks ke Percakapan: Ya
Paparan: 5-inci TFT Dengan Lampu
Kad Data: microSD
Batteri: 2 Jam

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Tak kisah sesat kalau ada benda ni bersama

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Dialek Amerika yang pekat

Jumlah: 8/10

Peralatan GPS kebiasaannya berada di kedudukan yang pelik dalam kehidupan seharian kita. Dari satu segi selalunya telefon pintar kita telah siap sedia dengan aplikasi GPS yang dapat melakukan apa yang sistem GPS boleh buat namun dari satu segi lagi telefon pintar selalunya tak cukup bateri untuk bertahan apabila menggunakan aplikasi ini.

Kotak Hitam
Seperti gajet moden yang lain, sistem GPS berbentuk kotak hitam dengan satu paparan di hadapan. Seperti biasa ia menggunakan skrin sentuh "resistive" dan datang dengan pemuat papan pemukanya sendiri. Sambungan cas semulanya berada di belakang yang agak sedikit menyukarkan.

Antaramuka
Menggunakan Nuvi 50LM memang agak senang. Apabila ia dimulakan dengan menekan butang on, terdapat dua ikon besar, di mana pengguna memasukkan lokasi yang ingin dicari dan satu lagi untuk memaparkan peta. Tak kira mana yang dipilih, tak banyak yang perlu dilakukan. Pendek kata tak leceh. Cuma perlu membiasakan diri dengan menaip alamat yang betul. Ia amat bagus kerana selalunya aplikasi yang terdapat dalam GPS terlampau banyak menu boleh juga menyesatkan (tak perlu sesat kat jalan raya pun). Peralatan ini boleh dijadikan satu buah tangan yang bagus bagi orang yang tak suka aplikasi yang sukar dipelajari. Walaupun begitu bagi menukar tetapan, ia agak sukar dan mungkin akan tidak difahami oleh pengguna bukan celik IT. Jadi luangkan masa membiasakan diri dengan GPS ini paling kurang 10 minit.

Arah Tujuan

Sekarang masalah yang selalu didapati di dalam sistem GPS adalah anda selalunya tak akan pasti yang peta dimuatkan adalah yang terbaru (terutama bagi tempat tertentu) atau peta yang tidak dikemaskini untuk tempoh lebih setahun. Memang penting untuk mengemaskini pengkalan data ke maklumat yang paling baru. Selepas ia dilakukan anda sudah bersedia untuk menggunakannya. Nuvi 50LM agak bagus dalam memberikan arahan dengan arahan yang senang difahami dan juga paparan gambar dalam gambar bagi jalan keluar untuk memastikan anda tidak mengambil simpang yang salah

Suara

Dari satu segi audio pula, penunjuk arah masih tidak dioptimumkan bagi nama jalan di Malaysia. Cara sebutannya amat pelik dan ada nama jalan yang tidak boleh difahami tak kira apa bahasa yang anda tuturkan. Kemaskini yang menambah audio tempatan amat diperlukan.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.