Selangor bakal ambil alih semula 33 loji rawatan air dari Syabas

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana  merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

“Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu,  baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat,” tambahnya.

Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2.

“Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan.

“Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk ‘campurtangan’ dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem ‘Federalisme’ yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, “hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri”.

“Rakyat akan melihat bahawa sebarang ‘pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan’ akan dianggap ‘menceroboh dan menakluki’ hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan.

“Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri,” tegasnya lagi.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direka” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air.

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “mencurigakan”.

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.