Malaysia Elections 2013

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin

Oleh Nomy Nozwir

SHAH ALAM, 6 Feb -- Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

“Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat,” kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.

 

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.